!!!~ Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

SHARE:

  Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang    Share on Facebook   Pelakon,  Puteri Balqis  tampil membidas ken...

 

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang 

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur isu kontroversi yang melibatkan Puteri Balqis dengan pelakon di media sosial. Daler Yusuf menerusi hantaran di Threads menyifatkan perkongsian tunang dan bapa tiri Balqis itu terlalu biadap dan kasar terhadap seorang gadis yang masih muda.

“Aku rasa boyfriend Balqis dengan bapa tirinya tu tak perlu kot masuk campur urusan perempuan macam ni. Lepas baca screenshot IG story dorang, nampak betul-betul kurang ajar dan kasar sangat terhadap seorang gadis berumur 20 tahun.

Tak elok langsung cara diorang tu.”-tulis Daler di Threads


“Kau Tak Tahu Berapa Lami Kami Diam…”- Puteri Balqis

Tidak berdiam diri, Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish di Instagram ini tampil menitipkan pesanan kepada Daler agar tidak mempergunakan agama untuk kelihatan baik.

Tegas Balqis, aktor tersebut tidak mengetahui berapa lama mereka berdiam diri dan dibuli ketika sedang susah.

“Jangan guna agama kau nak tunjuk baik. Kami tahu dengan siapa kami perlu baik. Kau tak payah nak mengucap sangat kalau humanity kau takde untuk keluarga seperti kami. Betul-betul barua ayat kau.

Dia bapak aku. Suami mak aku yang sah. Dia ada hak pertahankan kami. Aku dan mak aku doa satu hari kau, keluarga kau, keturunan kau ditimpa seteruk-teruk bala kerana mempertahankan orang-orang yang khianat kami, yang buli kami.

Kau tak tahu berapa lama kami diam. Berapa lama kami meraung dalam diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang dia kenakan mak aku waktu mak aku miskin.”-balas Puteri Balqis kepada Daler di Instagram

Walaubagaimanapun, Daler dilihat telah memadam kenyataannya Aqish di Instagram.


Sumber : www.murai.my & Instagram

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content