WTD - Wang Tak Dituntut – Semakan Melalui eGUMIS & Aplikasi MyGOV

SHARE:

  Wang Tak Dituntut – Semakan Melalui eGUMIS & Aplikasi MyGOV Wang tak dituntut (WTD) dilaporkan meningkat dalam beberapa tahun kebelaka...

 

Wang Tak Dituntut – Semakan Melalui eGUMIS & Aplikasi MyGOV

Wang tak dituntut (WTD) dilaporkan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini mencecah lebih RM12–13 bilion yang masih belum dituntut oleh pemilik atau waris di Malaysia. Semakan wang tak dituntut boleh dilakukan melalui apps MyGOV atau Portal eGUMIS di pautan: https://egumis.anm.gov.my/.


Merujuk kepada Seksyen 8 Akta WTD 1965, maksud Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah kategori (B) adalah wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh melebihi dari tujuh (7) tahun.

Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Wang Tak Dituntut dan bagaimana cara untuk anda membuat semakan serta tuntutan.


Rekod Wang Tidak Dituntut Cecah Lebih 13 Juta Ringgit

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan sejumlah RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Jan lepas, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara dalam talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Kementerian berkata, JANM mengambil pelbagai langkah untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris, antaranya kempen kesedaran menerusi taklimat dan reruai yang dilaksanakan di program kerajaan dan swasta, seperti Program Madani Rakyat, hari terbuka dan hari pelanggan jabatan kerajaan serta di tempat awam.

“Ini bagi membolehkan orang ramai membuat semakan, sama ada mereka mempunyai wang yang masih belum dituntut.

“Sehingga 2024, sebanyak 158 reruai dan program kesedaran diadakan di seluruh Malaysia untuk memaklumkan orang ramai mengenai kewujudan WTD dan kaedah menuntutnya,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.'


Kementerian menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah terkini WTD dan proses menuntut wang itu serta langkah diambil kerajaan untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris mereka.

Pada masa sama, Kementerian Kewangan, berkata JANM turut mengadakan taklimat secara dalam talian kepada agensi kerajaan dan swasta bagi menerangkan kaedah semakan dan tatacara permohonan tuntutan WTD.

Selain itu, turut dilaksanakan perluasan perkhidmatan Kaunter Semakan dan Bayaran Balik WTD dan hebahan berkala melalui saluran televisyen nasional.


wagn tak dituntut 2025

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Merujuk kepada Seksyen 8 Akta WTD 1965, maksud Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah kategori (B) adalah wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh melebihi dari tujuh (7) tahun.

Ini bermaksud, WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam tempoh tersebut.

Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

 

Contohnya:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Begitu juga dengan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya:

  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
  • akaun pemiutang dagangan;


Siapakah Yang Menguruskan Wang Tak Dituntut?

Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut berkuatkuasa pada 1 Jun 1975.

Peranan dan tugas Pendaftar adalah seperti berikut:

  • i) Pendaftar bertanggungjawab untuk membayar balik WTD mana-mana pemohon yang dapat membuktikan bahawa pemohon mempunyai hak ke atas WTD tersebut.
  • ii) Pendaftar berperanan sebagai pemegang amanah kepada serahan WTD.
  • iii) Pendaftar berkuasa untuk memeriksa rekod syarikat atau firma untuk memastikan pematuhan Akta WTD 1965.
  • iv) Pendaftar berkuasa menetapkan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta WTD 1965.

Fungsi Portal eGumis

Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut

  1. membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  2. memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  3. menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  4. memuatturun resit serahan WTD;
  5. memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
  6. mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.

Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Terdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar. Sila rujuk cara semakan di bawah:


Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.


SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Semakan boleh dilakukan melalui portal eGUMISdi pautan https://egumis.anm.gov.my/. Dibahagian atas menu, klik Semakan> Carian WTD.

Kemudian, masukkan no kad pengenalan, tandakan kotak ‘Saya bukan robot’ dan klik Cari. Hasil semakan akan dipaparkan.

Sekiranya anda mempunyai wang yang tidak dituntut dijumpai, anda perlu buat pendaftaran dan log masuk untuk mengetahui secara terperinci nilai wang dan proses tuntutan.

Rujuk cara log masuk, semakan dan proses tuntutan di bawah.

PENDAFTARAN & LOG MASUK PORTA eGUMIS

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Dibahagian atas menu, klik Semakan> Pendaftaran. Anda perlu membuat pendaftaran pengguna secara atas talian untuk membuat tuntutan. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

wang tak dituntut

Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.

Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.

Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

Anda boleh buat carian sekali lagi menggunakan nombor kad pengenalan yang anda inginkan.


Proses Tuntutan WTD

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.

wang tak dituntut


Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Apps MyGOV

Selain melalui portal eGUMIS, anda juga boleh membuat semakan wang tak dituntut melalui aplikasi MyGOV.

Rujuk cara-caranya berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyGOV di App Store atau Google Play.
  2. Daftar dan log masuk.
  3. Skroll ke bawah dan pilih menu ‘Bantuan & Kewangan’.
  4. Klik “Semakan Wang Tak Dituntut (WTD).
  5. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak”.
  6. Bilangan wang tak dituntut dijumpai akan dipaparkan.

Proses tuntutan seterusnya hendaklah melalui portal eGUMIS.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

Log masuk portal MyGOV

 

Klik menu Bantuan & Kewangan

 

Klik Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

 

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak

 

Paparan menunjukkan tiada wang tidak dituntut

 

Contoh paparan amaun wang tidak dituntut (sumber:Nurul Ain)

 

Maklumat Lanjut

Rujuk soalan lazim (FAQ) dalam lampiran di bawah:


Soalan Lazim Wang Tak Dituntut (WTD)

Apakah sebenarnya Wang Tak Dituntut (WTD)?

Wang yang patut dibayar secara sah tetapi tidak dituntut dalam tempoh tertentu (1-7 tahun bergantung kategori), seperti gaji, dividen, atau baki akaun bank tidak aktif.

Adakah terdapat tarikh luput untuk menuntut WTD?

Tiada. Anda boleh membuat tuntutan pada bila-bila masa sahaja. Kerajaan memegang wang tersebut sebagai amanah sehingga ia dituntut oleh pemilik yang sah atau warisnya.

Bolehkah saya menyemak WTD untuk orang lain?

Secara teknikal, anda memerlukan nombor kad pengenalan individu tersebut. Namun, untuk membuat tuntutan, anda mestilah pemilik wang itu sendiri atau waris yang sah (jika pemilik telah meninggal dunia) dengan dokumen sokongan yang lengkap.

Berapa lamakah tempoh proses bayaran balik?

Biasanya, proses bayaran balik mengambil masa sekitar satu (1) bulan selepas permohonan yang lengkap diterima dan disahkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Adakah sebarang caj dikenakan untuk semakan atau tuntutan?

Tidak. Segala urusan semakan dan tuntutan melalui portal eGUMIS atau kaunter Jabatan Akauntan Negara adalah PERCUMA. Jangan terpedaya dengan individu yang meminta komisen untuk menguruskan tuntutan anda.

Bagaimana cara semak WTD?

Secara online melalui eGUMIS (egumis.anm.gov.my), app MyGOV, atau kaunter JANM dengan MyKad.


Sumber: www.ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content