$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

AIKSSS!~ Tak tolak jika berjodoh, bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya WOW!~

SHARE:

  Tak tolak jika berjodoh, bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya     Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie, iaitu...

 

Tak tolak jika berjodoh, bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya

 
 

Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie, iaitu usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey tampil menepis spekulasi yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktres Zara Zya.

Tak tolak jika berjodoh

zara zya bekas tunang zarina anjoulie Tak tolak jika berjodoh

Memetik laporan mStar, Khazrul menjelaskan bahawa hubungan mereka ketika ini masih berada di peringkat awal dan dakwaan yang tersebar itu disifatkan sekadar anggapan positif daripada orang ramai.

“Tentang dakwaan kami bercinta itu, saya menafikan kerana ia masih terlalu awal,” katanya pada petang Isnin.

Usahawan itu bagaimanapun tidak menafikan wujud rasa suka terhadap Zara dan menganggap tanggapan ramai sebagai satu doa yang baik.

“Memang ramai yang mengatakan kami bercinta, saya anggap itu sebagai satu doa,” ujarnya.

Mengulas mengenai soal jodoh, Khazrul mengakui dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan Zara sekiranya diberi peluang serta diizinkan Allah, namun menegaskan bahawa sebarang perbincangan masih belum berlaku kerana mereka masih dalam fasa saling mengenali.

“Saya tiada orang lain. Jika diizinkan Allah dan memang ditakdirkan jodoh kami, saya tidak menolak.
“Sudah tentu jika sampai ke tahap itu, saya ingin menjaga dia. Buat masa ini, saya suka pada Zara, namun hati masih belum berbicara sepenuhnya kerana semuanya masih di peringkat awal,” ujarnya.

Ditanya mengenai perkara yang membuatkan dirinya tertarik kepada Zara, Khazrul berkata perwatakan aktres tersebut yang sederhana serta kekuatannya dalam menghadapi cabaran hidup menjadi tarikan utama.

Malah, dia turut menyatakan rasa kagum terhadap ketabahan Zara yang diuji dengan penyakit kanser buah pinggang.

“Sejujurnya, saya suka perwatakan dia. Jika diberi peluang untuk mengenali dia dengan lebih rapat, saya sangat bersyukur.
“Dia seorang yang sangat kuat. Dia diuji dengan disahkan menghidap kanser buah pinggang dan saya kagum dengan cara dia menjaga diri serta bertahan untuk terus hidup.
“Saya suka orang yang mampu berdikari dan kuat menghadapi ujian,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Khazrul mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video mesra bersama Zara di WhatsApp Story, sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan termasuk dalam kalangan rakan media yang mengenali usahawan itu.

Sumber: mStar (Amin Hazlan) / ohmymedia.ccc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content