$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

BELIA MADANI!~PERHATIAN!! ~ PLKN 3.0 SIRI 2/2026- Semakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

SHARE:

  PLKN 3.0 SIRI 2/2026- Semakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) PLKN SIRI 2 TAHUN 2026 DIBUKA PADA 20 FEBRUARI 2026. Program Latihan K...

 

PLKN 3.0 SIRI 2/2026- Semakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

plkn

PLKN SIRI 2 TAHUN 2026 DIBUKA PADA 20 FEBRUARI 2026.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan selama tiga bulan yang merangkumi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. Selepas direhatkan beberapa tahun, PLKN kembali pada 2025 dengan pendekatan baharu yang lebih segar dan relevan. Semakan nama pelatih boleh dibuat secara online melalui pautan ePLKN 3.0:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

Siaran Media JLKN

TERKINI : SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 2 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 20 FEBRUARI 2026

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 25 APRIL sehingga 03 JUN 2026 selama 45 hari yang melibatkan empat (4) siri latihan bagi tahun ini.

Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 2/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula hari ini melalui Sistem ePLKN 3.0 mulai 20 FEBRUARI 2026


Sila rujuk maklumat rasmi melalui siaran media di bawah dan skrol ke bawah untuk mengetahui cara membuat semakan status dan pengesahan kehadiran.

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

plkn 3.0

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 (Rujuk : Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati)

Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).

Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Manakala modul asas kenegeraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

plkn 3.0

Semakan PLKN 2026 / Siri 2

Semakan bagi bakal pelatih kelahiran tahun 2008 untuk PLKN Siri 2/2026 boleh dibuat bermula 20 Februari 2026 (Jumaat), 5 petang melalui pautan rasmi ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

Calon disarankan membuat semakan secara berkala bagi mendapatkan maklumat penempatan dan arahan lanjut daripada pihak JLKN.

Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu MENGESAHKAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 sehingga 28 FEBRUARI 2026.

Sila tekan butang DAFTAR untuk membuat pengesahan kehadiran di dalam sistem ePLKN bagi Siri 2/2026.

Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.

Calon Simpanan PLKN 2026

Anda terpilih sebagai ‘calon simpanan’ bagi daftar kelahiran 2008?

Ini perkara yang anda perlu tahu :

1.  Tahun 2026 , PLKN 3.0 akan melaksanakan 4 siri latihan seperti ketetapan berikut:

  • A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
  • B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
  • C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
  • D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026

2.  Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari jlkn atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.

4.  Tempoh calon simpanan tertakluk dalam tempoh setahun bagi tahun 2026 .

5. Plkn 3.0 dalam fasa membangunkan 13 kem di seluruh negara . Pengambilan pelatih akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan ketersediaan kem-kem latihan pada tahun semasa.

Tuan puan boleh menghubungi nombor yang tertera bagi pertanyaan lanjut 03-4013 (Sam: 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626)

Maklumat Lanjut PLKN 3.0 2026

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang permohonan sebagai Sukarela PLKN 3.0 siri 2026, sila rujuk saluran berikut:

PLKN wajib atau tidak?

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan bahawa kehadiran pelatih adalah wajib dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.

Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak menghadirkan diri bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang tidak dapat menjalani PLKN boleh memohon untuk penangguhan atau pengecualian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap.pengecualian plkn

Berapa elaun PLKN 2026?

Pada awalnya, Kementerian Pertahanan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0).

Terkini, media telah melaporkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.

PLKN umur berapa?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan melibatkan remaja dan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun. Namun, fokus bagi tahun 2025 ialah lepasan SPM.

Contohnya jika lepasan SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, maka dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

Berapa lama tempoh PLKN?

Tempoh PLKN adalah selama 45 hari.

Bagaimana nak tahu lebih lanjut tentang PLKN?

Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my

Bolehkah mohon penangguhan?

Ya, sekiranya, Pelatih berhasrat untuk menangguh tawaran latihan atau memohon pengecualian, maka pelatih boleh klik pada «Butang Penangguhan / Pengecualian».

– Pelatih perlu mengisi alasan penangguhan, gambar passport dan memuat naik dokumen pembuktian seterusnya mengisi tempoh masa penangguhan / pengecualian.
– Pelatih perlu klik «Kotak Perakuan» dan seterusnya klik pada «Butang Hantar».
– Pelatih perlu menyemak kembali status permohonan selepas SATU (1) minggu Tarikh Tutup Maklumbalas.
– Sekiranya permohonan penangguhan tidak lulus maka pelatih perlu lapor diri di kem latihan mengikut ketetapan Surat Tawaran Latihan.

Bila PLKN 2026 akan dijalankan?

A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026

Apa maksud calon simpanan PLKN?

Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu membuat semakan semula pada tarikh yang ditetapkan.



Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content