$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

BISTARI Sabah – Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (PENDIDIKAN RAKYAT SABAH)

SHARE:

BISTARI Sabah – Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah BISTARI (Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah) adalah program bantuan p...

BISTARI Sabah – Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

BISTARI SABAH

BISTARI (Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah) adalah program bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah yang menyediakan tabungan RM100 ke akaun Simpan SSPN bagi setiap bayi baru lahir dan murid Tahun 1 di Sabah. Layari portal rasmi BISTARI untuk permohonan di https://bistari.sabah.gov.my/

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam membina generasi berilmu dan berdaya saing demi kemajuan Sabah.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa itu BISTARI Sabah?

BISTARI Sabah (Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah) adalah program bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah yang menyediakan tabungan awal sebanyak RM100 dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi bayi baru lahir yang layak dan juga murid Tahun 1.

Program ini bertujuan menyokong pembangunan modal insan dan menggalakkan budaya menabung untuk pendidikan anak sejak awal kelahiran oleh ibu bapa atau penjaga dari Sabah.

Simpanan sebanyak RM100 itu dimasukkan ke SSPN atas nama anak dan boleh digunakan apabila penerima berusia 18 tahun untuk keperluan pengajian. 

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Syarat Kelayakan

Berikut ialah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Bantuan Pendidikan Rakyat Sabah (BISTARI):

  1. Bayi lahir pada tahun semasa dan Murid Tahun 1.
  2. Salah seorang ibu atau bapa merupakana warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

Cara Mohon BISTARI

Untuk memohon BISTARI (Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah), sila rujuk cara-caranya di bawah:

DAFTAR AKAUN PENGGUNA KALI PERTAMA

  1. Layari portal rasmi BISTARI di https://bistari.sabah.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan’
  3. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya, klik ‘DAFTAR’ sekiranya belum mempunyai akaun. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, log masuk seperti biasa.
  4. Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan, kemudian klik ‘DAFTAR’
  5. Anda akan melihat pop-up ‘Pendaftaran Berjaya’. Sila semak emel untuk pengesahan akaun.
  6. Klik pautan yang diberikan di emel anda.
  7. Tetapkan kata laluan untuk mengaktifkan akaun anda.
  8. Selesai.

LOG MASUK PORTAL BISTARI

  1. Setelah selesai pendaftaran, anda boleh log masuk menggunakan No Kad Pengenalan yang didaftarkan dan Kata Laluan.
  2. Klik ‘Log Masuk’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti: Maklumat Keluarga, Maklumat Dokumen, Maklumat Perakuan. Sila isi maklumat yang tepat dan double-check semua maklumat yang telah diisi sebelum menekan “Simpan & Seterusnya” kerana pemohon hanya boleh hantar sekali sahaja!
  4. Anda perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Tanda kotak perakuan.
  6. Klik “Simpan dan Hantar Permohonan”.

Rujuk panduan bergambar di bawah untuk rujukan lebih jelas:

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah 
BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

 

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

BISTARI Sabah - Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

 

Dokumen Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga Yang Sah
  2. Salinan Sijil Lahir Penerima Manfaat (Bayi)

NOTA:

  • Perkara 1 & 2 hendaklah disahkan benar oleh JPN.
  • Setiap dokumen hendaklah digabung di dalam fail berformat PDF.
  • Setiap dokumen hendaklah tidak melebihi 2MB.
  • Klik ✅ bagi melihat semula fail yang telah dimuat naik.


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk/layari:

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERITingkat 29, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

  • Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890
  • Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati.


Soalan Lazim BISTARI Sabah

Siapa yang layak memohon BISTARI?

Bantuan ini layak untuk bayi dan murid Tahun 1 yang memenuhi kriteria berikut:
– Warganegara Malaysia.
– Lahir di Sabah (Kod 12 pada MyKad atau lahir di hospital/klinik di Sabah)/Murid Tahun 1 bersekolah di Sabah.
– Salah seorang ibu atau bapa mestilah anak negeri Sabah atau berasal dari Sabah.
– Bayi yang lahir bermula 1 Januari 2022 dan seterusnya.

Berapakah jumlah bantuan yang diberikan?

Kerajaan Negeri Sabah akan menyumbangkan sebanyak RM100 secara one-off (sekali bayar). Wang ini tidak diberikan secara tunai, sebaliknya dimasukkan terus ke dalam akaun Simpanan SSPN Prime atas nama bayi tersebut. 

Bagaimana jika saya sudah mempunyai akaun SSPN untuk anak saya?

Anda tetap perlu memohon melalui portal BISTARI. Jika diluluskan, pihak PTPTN akan menguruskan kemasukan dana tersebut ke dalam akaun yang sedia ada atau mengikut prosedur penyelarasan mereka.

Apakah dokumen yang perlu dimuat naik semasa permohonan?

Salinan Sijil Lahir bayi.
Salinan Kad Pengenalan ibu DAN bapa.

Bagaimana jika tiada akaun SSPN?

Buka akaun SSPN dahulu sebelum mohon. Bantuan RM100 akan dikreditkan ke situ atas nama ibu/bapa/penjaga.

Bila tarikh akhir permohonan?

Dibuka sepanjang tahun, tertakluk kuota bajet kerajaan negeri.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content