“Camne nak pulangkan…” – Bungkus Makanan Di Rembayung Dapat ‘Free’ Senduk, Khairul Aming Pun Terkedu

SHARE:

  “Camne nak pulangkan…” – Bungkus Makanan Di Rembayung Dapat ‘Free’ Senduk, Khairul Aming Pun Terkedu Menjadi perkara biasa jika kita pergi...

 

“Camne nak pulangkan…” – Bungkus Makanan Di Rembayung Dapat ‘Free’ Senduk, Khairul Aming Pun Terkedu

Syaz Ft 2026 02 05T115851.876

Menjadi perkara biasa jika kita pergi makan di restoran dan ada lebihan makanan, pasti kita akan bungkus dan bawa balik.

Namun, lain pula jadinya dengan seorang pengguna media sosial, Fasihah Supian, yang berkongsi satu kejadian ‘rare’ yang menimpanya selepas makan di Restoran Rembayun milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming. 
Niat asalnya cuma mahu membungkus baki makanan, tapi bila sampai di rumah, dia terkejut melihat ‘tetamu tak diundang’ ada sekali dalam bekas makanannya!

Bukan setakat lauk yang dibungkus, sekali dengan senduk besi restoran juga ada dalam bungkusan tersebut.

Apa yang lebih melucukan, wanita ini sempat mencuba nasib dengan ‘tag’ pempengaruh  kegemaran ramai itu sambil bertanya sama ada dia boleh mendapat slot lain untuk makan di Rembayung jika dia menghantar semula senduk tersebut.

Hantaran itu akhirnya mendapat perhatian tuan badan sendiri. Namun, respon daripada Khairul Aming memang betul-betul menunjukkan betapa buntu dan terhiburnya dia dengan situasi rare itu.

Cats 1

Rata-rata netizen geli hati dengan situasi yang sangat random ini, ramai juga yang terhibur apabila Khairul Aming menggunakan gambar rakannya, Azfarheri sebagai respon kepada pelanggan bertuah itu.

Cats 2


Sumber: Threads / lobakmerah.com

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content