$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

SHARE:

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni” Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming seka...

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads.

Berdasarkan pemerhatian MURAI, usahawan yang mesra disapa sebagai KA itu menolak cadangan mempamerkan kad pengenalan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke Rembayung.

Cadangan itu dipercayai dikemukakan kerana mahu mengelakkan isu scalper membeli dan menjual tempat duduk secara tidak sah kepada orang ramai.

Menurut KA, dia menegaskan bahawa kaedah sedemikian bukan sahaja tidak praktikal, malah bertentangan dengan undang-undang perlindungan data peribadi di Malaysia.

“Sebagi kedai makan tak ada keperluan undang-undang yang membolehkan saya collect nombor IC sebab itu data peribadi customer yang sangat sensitive dibawah Personal Data Protection Act (PDPA).”

KA juga menjelaskan bahawa pengumpulan atau prekodan nombor kad pengenalan pelanggan adalah sangat sensitif. Manakala perniagaannya pula tidak memerlukan perekodan sedemikian untuk membenarkan kemasukan ke restorannya.

Penjelasan usahawan dan pempengaruh itu sedikit sebanyak telah menuai pelbagai reaksi pengguna media sosial, termasuklah apabila ada segelintirnya yang memuji cara menjawab cadangan itu dengan pengetahuan yang jelas.

“KA tahu pasal PDPA. KA ni memang level lain dah weh. Tak semua orang tahu pasal PDPA.”

“Tengok cara KA jawab. Cara orang educated tu lain ye. Sekali akta dia sebut.”

“Jawapan dari influencer yang educated. Tu sebab pentingnya ilmu. Terbaiklah KA.”

Bagi MURAI, isu scalper ini bukanlah perkara baharu bagi Khairul Aming. Sebelum pembukaan restoran Rembayung, usahawan ini sudah pun berdepan dengan isu yang sama ketika menjual sambal dan daging dendengnya.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content