Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2026)

SHARE:

  Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2026) Bayar PTPTN guna KWSP kini menjadi salah satu alternatif yang semakin mendapat perhatian b...

 

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2026)

Bayar PTPTN Guna KWSP

Bayar PTPTN guna KWSP kini menjadi salah satu alternatif yang semakin mendapat perhatian bagi mereka yang ingin mengurangkan beban bayaran balik pinjaman pendidikan. Permohonan pula boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian melalui sistem e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.

Ramai di antara kita masih tidak menyedari bahawa pinjaman PTPTN sebenarnya boleh dibayar menggunakan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 2.

Melalui kemudahan ini, KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum membuat pengeluaran Akaun 2 khusus untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.


Apa itu Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan

Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan ialah kemudahan yang membolehkan ahli menggunakan simpanan Akaun Sejahtera bagi membiayai kos pengajian. Pendidikan yang berkualiti penting untuk menjamin kestabilan kerjaya dan kehidupan yang lebih baik.

Pengeluaran boleh dibuat untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi pengajian yang diluluskan, sama ada di dalam atau luar negara.

Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan yuran pengajian atau baki pinjaman pendidikan, atau keseluruhan simpanan Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

Kos yang dibenarkan termasuk yuran pengajian, baki pinjaman pendidikan, yuran hostel atau penginapan, serta tambang penerbangan sehala bagi pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan atau luar negara. Bagi pengajian Sijil Tahap 3, pengeluaran hanya terhad kepada yuran pengajian sahaja.


Kredit: Tiktok @ptptnofficial

Kelebihan Bayar PTPTN Guna KWSP 

  1. Peminjam dibenarkan menggunakan simpanan KWSP Akaun 2 sama ada milik sendiri atau pasangan (suami/isteri), anak-anak serta ibu bapa, tertakluk kepada syarat pengeluaran yang ditetapkan.
  2. Tiada had jumlah pengeluaran dikenakan; peminjam boleh melangsaikan tunggakan, membuat bayaran sebahagian atau menyelesaikan sepenuhnya baki pinjaman pendidikan PTPTN.
  3. Pengeluaran boleh dibuat lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih mempunyai baki.
  4. Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi pengeluaran ini.
  5. Kaedah ini membantu menjimatkan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.
  6. Walaupun bayaran balik PTPTN telah dibuat melalui potongan gaji atau debit terus, pengeluaran melalui KWSP masih dibenarkan.
  7. Dokumen sokongan tidak diperlukan bagi pengeluaran seterusnya.
Bayar PTPTN Guna KWSP


Siapa yang Boleh Memohon

Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Sejahtera
  4. Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  5. Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais)
  6. Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  7. Tidak mendapat sebarang tajaan/ pinjaman pendidikan ATAU hanya mendapat sebahagian tajaan/ pinjaman pendidikan sahaja
    • (Penerima tajaan/ pinjaman penuh adalah tidak layak untuk Pengeluaran Pendidikan)
  8. Dibenarkan untuk Ahli/ Anak/ Pasangan/ Ibu Bapa ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/tarik diri daripada pengajian.
    • *Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)



Cara Permohonan Bayar PTPTN Melalui i-Akaun KWSP

Berikut adalah cara permohonan bayar pinjaman PTPTN melalui i-Akaun KWSP:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun KWSP​:

  • Masukkan ID Pengguna dan klik Log masuk sekarang
  • Masukkan Kata Laluan dan klik Teruskan

Langkah 2: Permohonan Pengeluaran Pendidikan:

  • Klik Pengeluaran
  • Klik Pendidikan
  • Klik ikon ‘Keluarkan Simpanan
  • Patuhi Senarai Semak Permohonan dan Klik Okey
  • Pilih Hubungan Ahli KWSP dengan peminjam PTPTN
  • Masukkan No. Rujukan Pelajar (Semak dalam myPTPTN)
  • Klik Teruskan

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Pengajian & Jumlah Bayaran:

  • Pilih Peringkat Pengajian
  • Institusi yang terlibat, pilih PTPTN dan klik Teruskan
  • Masukkan amaun pengeluaran dan klik Teruskan

Langkah 4: Pengesahan Butiran Pengeluaran

  • Semak dan sahkan Maklumat Perhubungan, Maklumat Pengajian & Maklumat Pengeluaran
  • Klik Teruskan
  • Klik Terima pada Pengisytiharan Pengeluaran

Langkah 5: Pengesahan Transaksi 

  • Masukkan nombor TAC (melalui SMS)
  • Klik Teruskan
  • Selesai (paparan pengeluaran telah berjaya dihantar akan keluar)
  • Status permohonan akan dihantar melalui SMS/ Mesej Sekuriti inbox di i-Akaun KWSP

(Hanya Untuk Permohonan Kali Pertama)

Langkah 6: Pengesahan Cap Jari di Pejabat KWSP ​​

  • Terima SMS daripada KWSP (dalam tempoh 3-5 hari bekerja)
  • Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP dengan membawa bersama dokumen sokongan mengikut tempoh yang ditetapkan untuk proses pengesanan Cap Ibu Jari

Permohonan yang telah lengkap diterima PTPTN akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja​.


Kredit: Tiktok @ptptnofficial

NOTA: Bagi anda yang masih belum pernah mendaftar i-Akaun KWSP, sila rujuk artikel berikut — i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata


Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–2193 3000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–8922 6000 untuk mendapatkan bantuan.

Anda juga boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda melalui pautan berikut:


Soalan Lazim – Bayar PTPTN Guna KWSP

1. Apa itu Bayar PTPTN Guna KWSP?

Bayar PTPTN guna KWSP ialah kemudahan yang membolehkan peminjam melangsaikan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN menggunakan simpanan KWSP Akaun 2 (Akaun Sejahtera). Kaedah ini semakin mendapat perhatian kerana membantu mengurangkan beban kewangan jangka panjang.

2. Bagaimana cara memohon Bayar PTPTN Guna KWSP?

Permohonan boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian melalui sistem e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP menggunakan i-Akaun, tanpa perlu hadir ke kaunter bagi kebanyakan proses.

3. Siapakah yang dibenarkan membuat pengeluaran KWSP untuk bayaran PTPTN?

Pengeluaran boleh dibuat oleh pencarum sendiri atau ahli keluarga pencarum iaitu pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

4. Apa itu Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan?

Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan ialah kemudahan yang membolehkan ahli menggunakan simpanan Akaun Sejahtera bagi membiayai kos pengajian. Ia bertujuan menyokong pendidikan berkualiti demi kestabilan kerjaya dan kehidupan yang lebih baik.

5. Apakah jenis kos yang dibenarkan melalui Pengeluaran Pendidikan?

Kos yang dibenarkan termasuk yuran pengajian, baki pinjaman pendidikan PTPTN, yuran hostel atau penginapan, serta tambang penerbangan sehala bagi pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan atau luar negara. Bagi Sijil Tahap 3, pengeluaran hanya terhad kepada yuran pengajian sahaja.

6. Berapakah jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan?

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian atau baki pinjaman pendidikan, atau keseluruhan simpanan Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

7. Apakah kelebihan Bayar PTPTN Guna KWSP?

Antara kelebihannya ialah tiada had jumlah pengeluaran, boleh membuat bayaran tunggakan, sebahagian atau penuh, boleh memohon lebih daripada sekali selagi Akaun 2 berbaki, tiada caj pemprosesan, jimat kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.

8. Adakah pengeluaran KWSP dibenarkan jika bayaran PTPTN dibuat melalui potongan gaji?

Ya, walaupun bayaran PTPTN dibuat melalui potongan gaji atau debit terus, pengeluaran KWSP untuk bayaran balik PTPTN masih dibenarkan.

9. Siapakah yang layak memohon Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan?

Pemohon mestilah warganegara atau bukan warganegara Malaysia, berumur 55 tahun ke bawah, mempunyai simpanan Akaun Sejahtera, serta masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma atau ke atas di institusi dalam atau luar negara yang diluluskan.

10. Adakah penerima tajaan penuh layak memohon?

Tidak. Penerima tajaan atau pinjaman pendidikan penuh tidak layak. Namun, mereka yang menerima tajaan atau pinjaman separa masih boleh memohon.

11. Bagaimana langkah permohonan Bayar PTPTN Melalui i-Akaun KWSP?

Permohonan bermula dengan log masuk ke i-Akaun KWSP, pilih menu Pengeluaran > Pendidikan, masukkan maklumat peminjam PTPTN, jumlah pengeluaran, sahkan maklumat, dan lengkapkan pengesahan TAC. Bagi permohonan kali pertama, pengesahan cap jari di pejabat KWSP diperlukan.

12. Berapa lama tempoh kelulusan permohonan?

Permohonan yang lengkap dan diterima PTPTN akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, dan status akan dimaklumkan melalui SMS atau mesej di i-Akaun KWSP.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content