$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2026

SHARE:

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2026   Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) ialah sistem penguatkuasaan automa...

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2026

 

lokasi kamera awas

Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) ialah sistem penguatkuasaan automatik yang digunakan bagi mengesan kesalahan had laju dan pelanggaran lampu isyarat. Sistem ini dilengkapi alat pengesan khas serta kamera yang merakam gambar dan video untuk memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas. Rujuk laman rasmi Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) untuk mendapatkan lanjut.

Lokasi kamera AwAS di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menjadi perhatian kerana laluan ini antara yang paling sibuk di Malaysia. Pemandu di PLUS perlu lebih berhati-hati kerana kamera dipasang di beberapa lokasi strategik.

Dalam artikel ini, kami kongsikan fungsi Kamera AwAS serta senarai lokasinya di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) untuk rujukan anda. Pandulah dengan berhemah demi keselamatan bersama.

 

Pengenalan Kamera AwAS

Kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) merupakan penjenamaan semula yang menggabungkan Automated Enforcement System (AES) dan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

AwAS ialah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Kamera AwAS yang baru ini dibekalkan oleh syarikat Ekin dan telah memenangi Anugerah Inovasi Jerman 2022.

Berbeza dengan kamera AES yang lama, kamera ini dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah.

Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah, memberikan pengawasan yang lebih menyeluruh.

Sistem kamera baru ini juga menggunakan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera ini beroperasi dengan lebih baik.

Selain penguatkuasaan had laju, kamera ini juga mempunyai fungsi tambahan seperti penguatkuasaan lampu isyarat dan pengesanan pusingan U yang tidak sah.

Ini menjadikannya alat yang lebih serba boleh dalam memastikan pemanduan yang selamat dan berdisiplin.

Ia malah boleh memaklumkan sistem pusat jika berlaku perubahan luar biasa seperti peningkatan suhu dan kelembapan

Salah satu ciri yang paling menarik tentang kamera ini adalah reka bentuknya yang menyamar seperti tiang hitam biasa.

Ini menjadikannya sukar untuk dikenali sebagai kamera pengawasan, sekaligus mengurangkan kemungkinan pemandu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

kamera awas lokasi speed trap jpj

Tarikh Penguatkuasaan Kamera AwAS di Malaysia

Penggunaan Kamera AwAS dijadual akan dimulakan pada 1 Jun 2025. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sistem pemantauan kelajuan secara titik-ke-titik (point-to-point) kini dalam fasa ujian di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak serta kawasan sekitar Terowong Menora.

Sistem ini mengukur purata kelajuan pemandu sepanjang sesuatu laluan, justeru memperlahankan kenderaan hanya apabila menghampiri kamera tidak lagi memberi kesan.

Contoh:

  • Masuk Tol A jam 1:00 PM dan keluar Tol B jam 1:30 PM, sedangkan jarak sepatutnya ambil masa 45 minit jika ikut had laju. Maka sistem anggap anda telah memandu melebihi 110 km/j secara purata.

  • Point-to-Point Speed Enforcement kini aktif – Bukan kamera depan sahaja, tetapi masa perjalanan pun akan jadi bukti!

Jadi, sila patuhi had laju yang ditetapkan!

Lokasi Kamera AwAS Terkini

Berikut adalah senarai terkini lokasi kamera AwAS yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ).

1. LOKASI KAMERA AwAS – Lebuhraya

JOHOR

  • KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh (NB)

  • KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh (SB)

  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru (NB)

  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru (SB)

MELAKA

  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (SB)

  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (NB)

  • KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin (NB)

  • KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban (SB)

SELANGOR

  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (NB)

  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (SB)

  • KM 28.4, Lebuhraya ELITE (NB)

  • KM 17 Lebuhraya ELITE (SB)

  • KM 431.55 Rawang – Bukit Beruntung (SB)

KEDAH

  • KM 96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (SB)

  • KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (NB)

  • KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB)

PULAU PINANG

  • KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan (SB)

PERAK

  • KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River (NB)

  • KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping (NB)

  • KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar (NB)

  • KM 382.8, Lebuhraya Utara Selatan, Behrang

  • KM 258.25 Terowong Menora, Ipoh, Perak (NB)

  • KM 262.5 Terowong Menora, Perak (SB)

NEGERI SEMBILAN

  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) SB

  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) NB

  • KM 265.3 Nilai – Seremban (SB)

TERENGGANU

  • KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Lumpur)

  • KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Terengganu)

2. LOKASI KAMERA AwAS – Jalan Persekutuan

PERAK

  • KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai

KELANTAN

  • KM 17 Gua Musang – Kuala Krai (arah Kota Bharu)

3. LOKASI KAMERA AwAS – Lampu Isyarat

KEDAH

  • KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda (arah Alor Setar)

  • KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda (arah Gurun)

  • KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda (arah Sik)

  • KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth

PERAK

  • Jalan Pasir Putih, Ipoh (arah Pasir Panji)

  • KM 26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput (arah Kuala Kangsar)

  • KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung (arah Lumut)

  • KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung (arah Setiawan)

  • KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River (arah Kuala Lumpur)

  • KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River (arah Ipoh)

  • KM 11, Jalan Setiawan Ipoh (arah Setiawan)

  • KM 14, Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh (arah Setiawan)

  • KM 38 Jalan Ipoh – Kampar, Kampar (arah Ipoh)

  • KM 8 Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan

W.P KUALA LUMPUR

  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (arah Puchong)

  • Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (arah Sentul)

4. Ditangguhkan Pengoperasian Bagi Tujuan Kajian Semula Lokasi

SELANGOR

  • KM 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE)

  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (NB)

W.P PUTRAJAYA

  • Jalan Lebuh Sentosa (Kajang ke PICC)

lokasi kamera awas

Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan secara rasmi senarai lokasi kamera AwAS yang boleh dilihat daripada lampiran dibawah:


KLIK UNTUK DOWNLOAD DALAM BENTUK PDF FILES

Maklumat Lanjut

Pada Jun tahun lepas, kerajaan Malaysia menyatakan hasratnya untuk memasang lebih banyak kamera kerana ia didapati sangat berkesan, dengan lebih 99% pematuhan direkodkan, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Senarai di atas mungkin berubah dan dikemaskini oleh pihak JPJ daripada semasa ke semasa.

Untuk senarai terbaru, sila rujuk laman web rasmi JPJ. Atau anda juga boleh ikuti informasi terkin menerusi platform media sosial berikut:

Soalan Lazim – Kamera AwAS

1. Apakah AwAS?

AwAS adalah penjenamaan semula bagi AES yang dilaksanakan pada 2017. Masih menggunakan konsep yang sama iaitu satu sistem pengesanan dan merakam secara. automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan radar untuk merakam kesalahan dan menguatkuasakan Sistem Mata Demerit bagi kesalahan AwAS.

Sistem yang berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan seperti :

– Tidak mematuhi Lampu Isyarat Merah
– Memandu Melebihi Hadlaju
– Memotong Sebelah Kiri
– Memotong di Garisan Berkembar
– Memandu di Lorong Kecemasan
– Larangan Kenderaan Berat di Musim Perayaan
– Tail gating
– Kenderaan Melebihi Muatan
– Congestion Pricing
– Multi-lanes Free Flow
– Mengesan Kenderaan Asing

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara online ke Pusat Kawalan (Control Center) untuk diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik kenderaan/ pemandu yang terdapat dalam pangkalan data
Sistem akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

2. Kenapa Perlu AwAS?

Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan pada masa kini.

AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan disamping meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat.

Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan: 24 jam

– Tidak bermusim
– Tiada campur tangan manusia
– Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musim perayaan semasa Ops Musim Perayaan berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).

Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering break kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

3. Bagaimana AwAS berfungsi?

Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.

AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.

Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:

– Tidak mematuhi isyarat lampu merah
– Memandu melebihi had laju

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AwAS (PKA).

Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Pada masa hadapan, Sistem ini juga akan secara automatik berintegrasi  dengan sistem mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AwAS berbanding kaedah sedia ada?

Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.

Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 365 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).

Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.

Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.

Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.

Kaedah sistem penguatkuasaan ini tidak menggangu serta menyebabkan kesesakan lalulintas.

AwAS secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.

Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).

Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
AwAS boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-

– Memotong di garisan berkembar;
– Memotong di sebelah kiri jalan;
– Lebih Muatan;
– Potong barisan;
– Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
– Penguatkuasaan laluan bas.

5. Apakah AwAS berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.

Contoh keberkesanan AwAS / AwAS di Negara-negara lain:

PERANCIS – Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
JERMAN – Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AwAS / AwAS (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
KUWAIT – Kemalangan menurun 48%.
UNITED KINGDOM – Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

6. Jikalau AwAS begitu efektif, tidakkah siste ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?

Kalau AwAS begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:

9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
Jumlah pemegang lesen bertambah.
Kilometer jalanraya bertambah.
Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.

7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AwAS?

Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuan punya (owner) kepada AwAS.
Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AwAS:

JPJ dipertanggungjawabkan sepenuhnya melaksanakan AwAS secara langsung pada 01 September 2018.

MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AwAS.

BKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AwAS.

8. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?

Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AwAS dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM, JKR, LLM dan PBT. Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).

Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.

Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan.
Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil.

Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AwAS.

Lokasi yang dipilih akan diwartakan oleh YB Menteri Pengangkutan seperti mana diperuntukkan dalam Kaedah 3(1)(c) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang dirakam melalui kamera) 2012.

9. Apakah peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pelaksanaan AwAS?

Kesalahan yang dirakam oleh kamera AwAS dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti berikut :-

Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas – melebihi had laju
Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas – isyarat merah
Seksyen 40(1) APJ 1987 Melebihi had laju

10. Berapakah kadar kompaun bagi kesalahan AwAS?

Kadar kompaun yang dikenakan bagi kesalahan AwAS adalah RM 300. Kadar apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit (RM300) dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit (RM2000).

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content