$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Khairul Aming ‘ubah’ Rembayung jadi Bazar Ramadan, siap ada chef masak-masak!

SHARE:

Khairul Aming ‘ubah’ Rembayung jadi Bazar Ramadan, siap ada chef masak-masak! Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah ‘m...

Khairul Aming ‘ubah’ Rembayung jadi Bazar Ramadan, siap ada chef masak-masak!



Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah ‘mengubah’ restoran miliknya Rembayung jadi Bazar Ramadan pada bulan puasa ini.

Rembayung jadi Bazar Ramadan

Khairul Aming ubah Rembayung jadi Bazar Ramadan

Menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 memaklumkan perancangan untuk melakukan aktiviti tersebut sudah berjalan sejak dua bulan lepas dengan menjadikan Rembayung sebagai satu studio siaran langsung terbesar di Malaysia.

Rembayung jadi Bazar Ramadan, ada pelbagai aktiviti

Jelas Khairul Aming lagi, siaran langsung tersebut akan dikendalikan 10 pengacara termasuklah selebriti terkenal, Zizan Razak yang bakal membantu memeriahkan lagi ‘live’ berkenaan pada tengah hari ini.

“Selepas 2 bulan merancang, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia.
“Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, kita akan bersiaran langsung di Rembayung bermula 12 tengah hari di untuk anda semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan pelbagai aktiviti dibuat disana termasuklah perkongsian Ramadan dan demostrasi memasak bersama chef.

Usahawan terbabit juga menyediakan hadiah 80 tempat untuk makan di Rembayung dan pemenang bebas memilih tarikh dan masa yang diinginkan.

“Macam-macam aktiviti kita akan buat, termasuk perkongsian ramadan dan masak-masak live dari dapur bersama chef.
“…dan kita nak hadiahkan 80 pax untuk makan di Rembayung, boleh pilih tarikh dan masa yang nak. Tertakluk terma dan syarat
“Jumpa anda live di TikTok KA tengah hari ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertarik dengan konsep yang dibawakan usahawan itu dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan ini dan mendoakan agar segala yang dilakukan memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Instagram khairulaming / ohmymedia.ccc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content