“Ayah masih stabil, jangan sebar berita palsu” – Anak Rani Kulup Mohon Terus Doakan Kesihatan Ayahnya Keluarga kepada aktivis terkenal, Ay...
“Ayah masih stabil, jangan sebar berita palsu” – Anak Rani Kulup Mohon Terus Doakan Kesihatan Ayahnya
Keluarga kepada aktivis terkenal, Ayahanda Abdul Rani Kulup, tampil memberikan penjelasan rasmi mengenai keadaan terkini beliau bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Menerusi hantaran Facebook yang dikongsikan oleh anaknya, Mostaqim Rani Kulup, beliau mengesahkan bahawa bapanya kini berada dalam keadaan yang stabil namun masih menerima rawatan di hospital.Anaknya itu dengan tegas menafikan khabar angin yang mendakwa Abdul Rani Kulup telah meninggal dunia. Mostaqim menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak betul dan tidak sahih sama sekali. Beliau berharap agar orang ramai tidak terus menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggusarkan ahli keluarga.
Sumber : Lobakmerah.com
COMMENTS