$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

SHARE:

  Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..” Pelakon Mimi Lana mengakui indus...

 

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan buruknya.

Kongsi Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menerusi hantaran di Threads, dia yang bukan berasal daripada keluarga yang kaya ketika masih baru di dalam industri itu menitipkan rasa syukur apabila berjumpa dengan ramai pelakon yang sangat bagus, namun membawa 1001 trauma dalam hidup mereka.

“Saya bukan daripada keluarga yang kaya dan berharta ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri ini. Saya datang tanpa apa-apa. Tiada wang, tiada keistimewaan, tiada perlindungan. Tapi pendek kata, Allah telah memberi saya banyak rahmat dan kebaikan daripada kesakitan Alhamdulillah.

Saya berjumpa dengan ramai pelakon yang sangat bagus, tetapi membawa 1001 trauma dalam hidup mereka. Trauma yang membuatkan saya sendiri berfikir, ujian dan dugaan yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka. Ada yang dari kecil parents divorce, tinggal seorang diri. No parents, no grandparents to take care of them. Communication dengan ibunya hanya melalui telefon, dan hanya dapat berjumpa sekali-sekala bila ibunya pulang ke rumah”-kongsi Mimi di Threads

Pernah Dibantu Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri

Tambahnya lagi, Mimi turut mendedahkan sikap salah seorang pelakon senior, Nabila Huda yang pernah meminjamkannya satu bagasi yang dipenuhi pakaian musim sejuk kerana dia mempunyai urusan pekerjaan di luar negara.

Sedangkan ketika itu, Mimi menyatakan dia masih tidak mempunyai nama dan tempat di dalam industri, namun Abil masih sudi membantunya yang baru mahu mengenali dunia industri seni.

“Saya masih ingat 10 tahun dulu ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri. Nabila Huda, yang saya sentiasa panggil Abil, pernah pinjamkan saya satu luggage besar penuh dengan winter clothes sebab saya ada kerja di overseas.

Zaman tu saya memang tak ada duit, kereta pun belum ada 😅. And the truth is, I was nobody at that time. Tak ada nama, tak ada tempat Tapi dia sudi membantu seorang budak jalanan yang baru nak kenal dunia industri ini. Dan tidak pernah di war warkan.”-dedah Mimi lagi

Dalam pada itu, Mimi turut menitipkan pesanan buat sesiapa sahaja yang mahu menceburi indsutri hiburansebagai seorang pelakon untuk sentiasa bijak dan merendah diri selain menjaga diri dan hati dengan baik.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content