$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

SARA UNTUK SEMUA!~ INFO TERKINI~Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

SHARE:

  Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barang...

 

Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan makanan sejuk beku, satu langkah yang dilihat lebih praktikal dan dekat dengan keperluan harian rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas rakyat yang mahukan pilihan barangan SARA diperluaskan agar lebih fleksibel dan relevan.

“Namun,ramai membangkitkan supaya diperluaskan kategori barangan jadi, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku,” katanya.

Lebih Praktikal Untuk Isi Rumah

Menurut beliau, peluasan kategori itu membolehkan penerima membeli barangan seperti ayam, ikan dan makanan sejuk beku lain, sekali gus membantu perancangan perbelanjaan isi rumah terutama menjelang musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Pada masa sama, pembabitan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA turut dipertingkatkan kepada 10,000 buah menjelang hujung tahun ini, bagi memudahkan akses rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

RM100 Untuk Semua Dewasa

Beliau turut memaklumkan bahawa bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad di bawah fasa kedua SARA Untuk Semua.

Walaupun nilai bantuan itu kecil secara individu, beliau menegaskan kesannya besar apabila melibatkan jumlah penerima yang ramai.

“Bayangkan 22 juta rakyat dapat, ini peringkat kedua SARA untuk semua. Jumlahnya kecil, tapi kita nak santuni semua,” katanya ketika penyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara.

Bantuan Besar, Fiskal Kekal Berdisiplin

Menurut Perdana Menteri, jika digabungkan dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), keseluruhan bantuan kerajaan kepada rakyat mencecah RM15 bilion, namun kerajaan tetap komited memastikan pengurusan fiskal kekal berhemah.

“Kita cuba sedaya upaya. Nak bayar banyak sekali gus, tak boleh. Kita tak mahu defisit, kita urus. STR pun. Semua kementerian tahu, kita cermat dalam belanja,” katanya.

Langkah peluasan kategori SARA termasuk makanan sejuk beku ini dilihat sebagai usaha kerajaan menyesuaikan bantuan dengan realiti kos sara hidup semasa, selain memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content