$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Guru KPM Gred DG9 Sekolah Rendah 2026

SHARE:

  Permohonan Guru KPM Gred DG9 Sekolah Rendah 2026 Kementerian Pendidikan (KPM) Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendid...

 

Permohonan Guru KPM Gred DG9 Sekolah Rendah 2026

guru kpm gred dg9

Kementerian Pendidikan (KPM) Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah yang boleh dipohon menerusi https://myspp.spp.gov.my/.

IFrame

Pengambilan ini akan menyaksikan sebanyak 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru gred DG9 baharu bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pengambilan ini.

Pengenalan Pengambilan Guru Gred DG9

Pengambilan 20,000 guru tersebut merupakan inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebagai persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun 2027.

Ini bagi memastikan keperluan tenaga pengajar yang mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara.

Bagi calon yang terpilih, mereka akan diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum ditempatkan di sekolah.

Taraf Perjawatan

Taraf perjawatan bagi mereka yang terpilih adalah secara Contract of Service (CoS).

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan akan dibuka pada 2-20 Mac 2026 menerusi laman web SPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/.

Hanya calon layak akan dipanggil UKCG & temu duga dan calon berjaya WAJIB mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kepujian Bahasa Melayu SPM/SVM
  3. Graduan bukan bidang pendidikan

Cara Mendaftar SPP

Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/.
  2. Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
  3. Sila pastikan semua medan bertanda * diisi.
  4. Klik butang ‘Daftar’.
  5. Kemudian, penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
  6. Log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

PerkaraTarikh
Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
Permohonan Dibuka2-20 Mac 2026
Proses Saringan Temu Duga27 April – 14 Mei 2026

Soalan Lazim

1. Apakah gred jawatan yang ditawarkan?

DG9 secara Contract of Service.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan guru baharu lantikan contract of service?

Graduan selain ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).

3. Apakah nama program pengajian yang perlu diikuti?

Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah.

4. Apakah pautan untuk permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah?

https://mypdpp.moe.gov.my
Pautan boleh diakses bermula 2 Mac 2026.

5. Bilakah tarikh permohonan dalam talian dibuka?

2 hingga 20 Mac 2026.

6. Apakah syarat ambilan?

Syarat Umum:
• Warganegara Malaysia;
• Sihat tubuh badan;
• Aktif kokurikulum pada peringkat universiti;
• Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
• Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
Syarat Akademik:
• Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
• Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50; dan
• Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7. Bagaimanakah proses ambilan dilaksanakan?

• Portal permohonan boleh dilayari melalui pautan berikut:
https://mypdpp.moe.gov.my pada tarikh yang ditetapkan.
• Calon akan diberi tarikh menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) setelah lengkap mengisi permohonan secara dalam talian.
• UKCG akan dilaksanakan secara dalam talian.
• Semakan panggilan temu duga akan dimaklumkan pada 22 April 2026.
• Calon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temu duga secara bersemuka.
• Saringan kesihatan perlu dimuat naik pada pautan yang ditetapkan sebelum 30 Mei 2026.

8. Di manakah pengajian perguruan dilaksanakan?

Pengajian akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan yang ditetapkan di seluruh Malaysia.

9. Berapa lamakah tempoh pengajian?

Tempoh pengajian adalah selama satu tahun.

10. Apakah mod pengajian?

• Interaksi bersemuka dijalankan pada hujung minggu dan cuti sekolah.
• Interaksi dalam talian dilaksanakan sepanjang minggu pengajian.

11. Berapakah gaji permulaan guru gred DG9 COS?

Gaji RM2,360.00 sebulan.

12. Siapakah yang tidak layak memohon?

Calon dalam kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
• Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP);
• Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI);
• Guru Kontrak (Lantikan SPP);
• Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
• Seorang bankrap dan belum dilepaskan.

13. Adakah pengambilan ini untuk keperluan guru sekolah rendah?

Ya. Pengambilan adalah bagi memenuhi keperluan guru sekolah rendah di seluruh negara.

14. Apakah peranan KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam pengurusan pengambilan guru ini?

KPM:
• Mengurus dan melaksanakan proses temuduga serta latihan perguruan melalui IPGM.
SPP:
• Mengurus pengambilan dan pelantikan guru baharu.

15. Adakah calon guru simpanan dan graduan bidang pendidikan masih berpeluang untuk menjadi guru?

Ya. Peluang sentiasa terbuka untuk calon simpanan dan graduan bidang pendidikan menjadi guru. KPM dan SPP sentiasa bekerjasama erat untuk melaksanakan pengambilan guru dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pengambilan guru ini,  sila rujuk pautan berikut:

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content