$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

SHARE:

  Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yan...

 

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, Hamidah Mohd Yatim. Dalam suasana duka yang masih segar, beliau cuba berdiri teguh, memegang satu amanah paling besar yang ditinggalkan arwah suami, untuk terus kuat demi anak-anak.

Menurut laporan Harian Metro, Hamidah mendedahkan pesanan itu bukanlah perkara baru. Malah, ia seperti ayat wajib yang sering diulang Allahyarham setiap kali keluar bekerja atau ketika berjauhan.

Hamidah Mohd Yatim

Arwah selalu berpesan supaya dirinya tabah jika suatu hari nanti terpaksa meneruskan hidup tanpa lelaki bergelar suami di sisi.

“Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia. Macam mana pun, life must going on.”

Sebak, kan?

Bagi MURAI, ayat itu mungkin kedengaran ringkas, tetapi maknanya cukup dalam. Tambah pula, kata-kata itu sebenarnya sudah lama menjadi ingatan Hamidah, jauh sebelum Allahyarham jatuh sakit.

Setiap kali mahu keluar rumah, arwah tak pernah lupa mengingatkan supaya menjaga diri dan anak-anak. Seolah-olah dia sudah menyediakan kekuatan buat insan tersayang untuk menghadapi hari mendatang.

Allahyarham Along Eyzendy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor kira-kira jam 9.30 pagi.

Hamidah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan terakhir serta tidak putus-putus menitipkan doa buat arwah.

Dalam nada yang masih sarat dengan kesedihan, beliau berjanji akan cuba menjadi wanita yang kuat seperti yang selalu dipesan suaminya.

Insya-Allah, demi anak-anak.

MURAI doakan semoga Hamidah diberikan ketabahan luar biasa dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content