Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 – Permohonan & Syarat

SHARE:

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 – Permohonan & Syarat Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah Program pemerkasaan k...

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 – Permohonan & Syarat

Program kasih ibu tunggal 2026

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah Program pemerkasaan khas buat 𝗶𝗯𝘂 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman. Layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk pendaftaran di pautan: https://bit.ly/kasihibutunggal2026

Program ini merangkumi tiga modul utama yang fokus kepada ilmu perundangan, kewangan dan kesejahteraan emosi ibu tunggal.

Permohonan untuk menyertai progam Kasih Ibu Tunggal kan dibuka bermula pada 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa Itu Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026?

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah program pemerkasaan ibu tunggal yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), KPWKM, dengan kerjasama pelbagai agensi dan pakar profesional.

Program ini secara umumnya adalah untuk membantu ibu tunggal meningkatkan ilmu, keyakinan dan keupayaan mengurus hidup.

 Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:

  • Modul Pembangunan Psikososial.

  • Modul Kemahiran Perundangan;

  • Modul Pengurusan & Literasi Kewangan; dan

Berbeza dengan bantuan kewangan bersifat “one-off”, KasihnITa direka sebagai program bimbingan jangka panjang untuk membantu ibu tunggal bangkit, berdikari, dan menguruskan cabaran hidup dengan lebih sistematik.

Mengapa ibu tunggal perlu menyertai program ini?

Setiap modul akan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Kaedah pelaksanaan yang dijalankan memberi fokus kepada setiap kes dan permasalahan individu secara spesifik.

Melalui sesi coaching & mentoring, peserta akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar sehingga berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


Objektif

Berikut ialah 4 objektif utama program ini:

  • Memperkasa dan membantu ibu tunggal

  • Membantu ibu tunggal dalam tuntutan selepas perceraian

  • Membantu ibu tunggal dalam pengurusan kewangan/hutang

  • Membantu ibu tunggal untuk membangunkan potensi diri dan psikososial


Modul

Program Kasih Ibu Tunggal ini menawarkan 3 pilihan modul iaitu:

Modul Kemahiran Perundangan

  • Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah.

  • Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.

  • Analisis kes dan khidmat nasihat guaman. Khidmat Bantuan Guaman – peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma – tertakluk kepada terma dan syarat.

Modul Pengurusan & Literasi Kewangan

  • Menstrukturkan semula kewangan.

  • Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan.

  • Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat.

  • Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.

Modul Pembangunan Psikososial

  • Kenali dan kembangkan potensi diri.

  • Pengurusan konflik/ masalah dan emosi.

  • Pembentukan minda positif.

  • Strategi mencapai kejayaan.


Fasa Pelaksanaan

Setiap modul akan dilaksanakan secara berfasa seperti perincian berikut:

Fasa 1: Advokasi/Pengenalan
Sesi pengenalan modul selama 2 jam secara dalam talian. Peserta akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk layak ke fasa seterusnya.

Fasa 2: Pembangunan
Latihan intensif mengikut modul selama 3 hari secara fizikal mengikut negeri pelaksanaan yang dipilih oleh peserta. (Tempat akan dimaklumkan kemudian).

Fasa 3: Bimbingan
Coaching & mentoring secara individu dan berkumpulan secara dalam talian/ fizikal.

NOTA: Peserta perlu memberikan sepenuh komitmen bagi mengikuti tiga (3) fasa program sehingga selesai. Walau bagaimanapun peserta yang telah melalui fasa 1 akan disaring berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk layak menyertai fasa seterusnya.

 

Syarat Penyertaan

Syarat kelayakan pemilihan peserta adalah seperti berikut:

1. Ibu tunggal

Mengikut definisi KPWKM, ibu tunggal yang dimaksudnya ialah:

  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

2. Warganegara Malaysia.

3. Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi serta keyakinan diri.


Tarikh Pendaftaran Dibuka

Permohonan dibuka bermula pada 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.


Cara Mendaftar KasihnITa

Peserta boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut: https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026

  • Pilih modul melalui ikon di atas.

  • Baca dan faham maklumat yang diberikan.

  • Klik pautan di “Daftar Sekarang”.

  • Isi borang permohonan


Yuran

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta bagi program ini.


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di pautan: https://bit.ly/kasihibutunggal2026

  • Talian : 038323 1607/ 1610/ 1265/ 1620/ 1616

  • E-mel : bppp@jpw.gov.my

  • Alamat : Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan (BPPP) Jabatan Pembangunan Wanita


Soalan Lazim Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026

Saya bukan ibu tunggal, adakah saya dibenarkan untuk menyertai program ini?

Program ini dibuka untuk peserta ibu tunggal mengikut definisi KPWKM sahaja.

 

Adakah saya dibenarkan untuk menyertai lebih daripada 1 modul?

Bagi Fasa 1 dan Fasa 2 peserta diwajibkan untuk mengikuti ketiga-tiga modul

Adakah saya akan dikenakan bayaran sekiranya saya ingin menyertai program ini?

Tidak, penyertaan program ini adalah percuma.

 

Saya merupakan ibu tunggal yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap namun, saya berminat untuk menyertai Modul Pengurusan Kewangan. 

 

Adakah dibenarkan?

Ya, puan boleh sertai.

 

Bolehkah saya menyertai program ini jika saya telah diisytihar muflis?

Boleh.

 

Saya sedang dalam proses perceraian, adakah saya layak menyertai program ini?

YA.

 

Adakah penyertaan program ini hanya kepada ibu tunggal di negeri terpilih sahaja?

Semua ibu tunggal warganegara Malaysia layak menyertai program ini. Ibu tunggal diberi pilihan untuk menyertai di 13 negeri terpilih yang berdekatan dengan tempat tinggal bagi memudahkan semasa program berlangsung secara fizikal.

 

Bagaimanakah cara untuk saya memohon menyertai program ini?

Permohonan boleh dilakukan melalui https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026.

 

Saya telah mendaftar, bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada saya telah terpilih atau pun tidak?

Peserta akan menerima e-mel jemputan beserta pautan platform pelaksanaan program daripada urus setia sebelum program dijalankan.

 

Peserta hendaklah memberi makluman awal kepada urus setia untuk penyelarasan lanjut.

Saya telah terpilih ke fasa seterusnya namun, saya tidak dapat memberikan komitmen yang penuh sehingga program selesai.

 

Adakah saya akan dibimbing sehingga kes/ masalah saya selesai?

Peserta akan dibimbing dan dipantau selama tempoh program berlangsung bagi memastikan setiap permasalahan dapat disantuni.

 

Bolehkah jika saya ingin membawa anak/ tanggungan semasa menyertai program ini kerana ketiadaan penjaga.

 

Tidak dibenarkan untuk membawa anak/ tanggungan sepanjang program berlangsung bagi memastikan kelancaran program.

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content