$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Guna MyKad

SHARE:

  SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Guna MyKad TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN).  Semaka...

 

SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Guna MyKad

TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, iaitu SARA Untuk Semua. Bantuan ini akan dikreditkan bermula 9 Februari 2026 dan ia boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara cashless.

Sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan berikut:

Pengenalan SARA Untuk Semua

SARA Untuk Semua ialah satu inisiatif bantuan kerajaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sebahagian daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Program ini menyediakan bantuan sekali beri sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang pendapatan.

Bagi pelaksanaan program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi memastikan bantuan dapat dimanfaatkan oleh semua warganegara.

Tiada sebarang permohonan diperlukan, kerana bantuan tersebut akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima dan boleh digunakan secara tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan asas. Bantuan SARA Untuk Semua ini sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Secara keseluruhannya, program ini bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui kaedah bantuan bersasar tanpa tunai yang lebih mudah, telus dan menyeluruh.

duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off
duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off
duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off
duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off

SARA One-Off 2026

SARA UNTUK SEMUA (2026) akan dikreditkan mulai esok 9 Februari 2026 (Isnin). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.

Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2026. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.

mysara
MYSARA
mysara
mysara

Syarat Kelayakan

Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM100 secara one-off menggunakan MyKad.

Semakan SARA One-off

Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih mulai 5 Februari 2026. Anda juga boleh ke pautan rasmi SARA.

duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off
Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad ke ruangan yang tertera seperti dalam paparan skrin di atas.

 


Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2026

Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

 

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam
kategori barangan mykasih sara untuk semua one-off rm100
MYSARA
MYSARA


Cara Tebus Duit Dalam MyKad (SARA Untuk Semua)

Juruwang akan mengimbas kad pengenalan anda untuk menebus bantuan tersebut. Pastikan anda menggunakannya untuk memberi barangan keperluan dalam kategori yang dikhaskan.

Sila rujuk langkah pembelian :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
  6. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

NOTA: MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik, bagi tujuan penggantian MyKad boleh dibuat melalui JPN. Sila rujuk MyKad Rosak, Cip Tak Berfungsi? Ini Cara Semak & Ganti IC

duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off


Senarai Kedai

Anda rujuk senarai kedai yang menerima pembelian menggunakan SARA 2026 di sini: Senarai Kedai SARA 2026

Masukkan nama Bandar dan Negeri kemudian, klik Cari. Senarai kedai yang menerima MyKasih atau SARA akan dipaparkan pada halaman ini.

 

Anda juga boleh rujuk  senarai kedai yang menerima SARA setiap negeri di sini:


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut sila rujuk/layari:

Soalan Lazim MyKasih/SARA 2026

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA 2026 DI BAWAH:

Apakah Bantuan RM100 One-off SARA Untuk Semua?

SARA Untuk Semua ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara. SARA RM100 ‘one-off’ ini diberikan kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimana kredit RM100 SARA dikreditkan dalam MyKad?

MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik.

Bagaimana cara pembelian barang yang menggunakan bantuan SARA one off RM100 ini?

Langkah-langkah menebus kredit RM100 dalam MyKad dan membuat pembelian barang menggunakan bantuan tunai SARA one-off adalah seperti berikut:

1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.1.
3. Tukar Nombor Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.

Dekat mana boleh beli barang guna bantuan SARA Untuk Semua?

Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Senarai kedai terpilih boleh disemak melalui pautan MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Bagaimana nak buat semakan kelayakan SARA one-off?

Anda boleh membuat semakan status kelayakan SARA Untuk Semua melalui portal MyKasih di pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 5 Februari 2026.

Bila tarikh akhir pembelian SARA?

Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2026. Baki setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya.

Macam mana check baki SARA?

Semakan baki boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih

Bilakah SARA One-Off 2026 akan dikreditkan ke dalam MyKAD?

SARA UNTUK SEMUA (2026) akan dikreditkan mulai esok 9 Februari 2026 (Isnin). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content