$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PERHATIAN PARA USAHAWAN TEMPATAN!!~ ambillah BARAKAT: Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat haaa....

SHARE:

BARAKAT: Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat   TEKUN Nasional telah melancarkan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT), sebuah inis...

BARAKAT: Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat

barakat

TEKUN Nasional telah melancarkan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT), sebuah inisiatif khas bagi membantu usahawan informal dan mikro menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang boleh dimohon di mana-mana pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran https://www.tekun.gov.my/senarai-pejabat-cawangan/.

 

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim ini.

 

Mengenai Skim BARAKAT

Skim BARAKAT merupakan skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan mensasarkan kepada usahawan informal dan mikro.

 

Skim ini diperkenalkan untuk usahawan sama ada mempunyai atau tidak mempunyai lesen/ permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM) untuk menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan seperti penjualan makanan, minuman, pakaian serta kelengkapan Aidilfitri.

Objektif skim ini adalah untuk membantu mengurangkan kekangan kewangan usahawan kecil dan mikro agar dapat menjalankan perniagaan secara lebih terancang dan berdaya maju pada bulan Ramadan.

Permohonan bagi skim ini boleh dipohon mulai 1 Februari 2026.

 

Konsep Syariah & Kadar Keuntungan

Untuk skim ini, konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarrug dan kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun daripada nilai pembiayaan sepanjang tempo pembiayaan.

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan adalah seperti berikut:

Nilai PembiayaanJenis Pembiayaan
RM1,000 – RM5,000Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit
daripada PBT / SSM
RM1,000 – RM30,000Usahawan yang mempunyai lesen / permit
daripada PBT / SSM

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi memohon skim adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 – 65 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumputera dan warganegara Malaysia Salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh ATAU
  5. Untuk perniagaan informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan ole Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu Surat Tawaran atau Permit Bazar Ramadan.
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online).
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).
  8. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
  9. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
  10. Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan akaun semasa yang menggunakan perbankan internet.
  11. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Pemohon juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu:

 

  1. Penerima biaya sedia ada (akaun aktif) bagi semua produk di bawah Bahagian Pengurusan Pembiayaan termasuk Kontrak-i dan TEMAN TEKUN layak memohon Skim Pembiayaan BARAKAT dan permohonan tersebut akan direkodkan sebagai akaun pembiayaan yang berasingan dengan syarat tiada tunggakan (pokok + keuntungan). Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan sedia ada (pokok + keuntungan) tidak bole melebihi RM100,000.
  2. Pemohon perlu mengemukakan Surat Tawaran atau Permit Bazar Ramadan sekiranya pemohon tidak mempunyai perniagaan semasa.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan di Pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran yang boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/senarai-pejabat-cawangan/.

Pemohon mestilah menyediakan dokumen-dokumen yang berikut:

  • BPP/BORANG/01: Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN yang disi dengan lengkap
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  • Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU
  • Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan ole Jawatankuasa Penganjur bai perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu atau surat tawaran atau Permit Bazar Ramadan
  • Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan Salinan
  • Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nombor akaun bank dan nama bank serta 3 bulan transaksi terkini


Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT)?

Skim BARAKAT adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan mensasarkan kepada usahawan informal dan mikro yang mempunyai atau tidak mempunyai lesen/ permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM) yang menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan seperti penjualan makanan, minuman, pakaian serta kelengkapan Aidilfitri.

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan skim ini?

Terbuka kepada usahawan sedia ada dan usahawan baharu yang memerlukan tambahan modal bag menyokong aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan khususnya bagi aktiviti berkenaan makanan dan minuman, pakaian serta jualan peralatan dan kelengkapan berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berapa lamakah tempoh proses kelulusan skim ini?

Proses kelulusan dalam masa 5 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi takaful?

Skim ini juga dilindungi oleh Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempo pembiayaan. Sumbang an takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Adakah diberikan moratorium bagi skim ini?

Tidak, tiada moratorium ditawarkan untuk skim pembiayaan ini.

Bagaimana cara saya memohon skim ini?

Orang ramai boleh berhubung dengan pegawai di pejabat TEKUN Cawangan yang berhampiran dengan lokasi peniagaan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai skim ini, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/.

 

Sumber : ecentral.my 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content