$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2026

SHARE:

  Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 dan 18 Februari 2026, KPDN aka...

 

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2026

skim harga maksimum musim perayaan

Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 dan 18 Februari 2026, KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).


Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim harga maksimum.

Mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan merupakan inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).

Di bawah Skim ini, terdapat beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.

Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:

  • Hari Gawai
  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baharu Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan

Tujuan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

Tujuan utama skim ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut)
  • Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
  • Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan

Kewajipan Peniaga

Kewajipan peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] ini: 

  • Menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.
  • Meletakkan tanda harga merah jambu.
  • Tidak menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
  • Memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran.

Kesalahan & Denda

Antara jenis kesalahan jika peniaga membuat perkara-perkara berikut:

  • Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum
  • Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal
  • Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan

Jika didapati kesalahan, mereka akan didenda seperti berikut:

  • Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Senarai Harga Maksimum Tahun Baru Cina 2026

Sebanyak 16 jenis barangan yang dikawal di bawah skim ini bagi Tahun Baru Cina 2026 iaitu:

  1. Kepak Ayam (Dikawal di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
  2. Babi Hidup (Harga maksimum di peringkat ladang sahaja)
  3. Daging Babi – Perut
  4. Daging Babi – Daging & Lemak
  5. Ikan Bawal Putih
  6. Udang Putih
  7. Bawang Putih (China)
  8. Bawang Kuning Besar
  9. Bawang Merah Besar
  10. Ubi Kentang (China)
  11. Halia Tua (Import)
  12. Sawi Pendek/Sawi Jepun
  13. Kubis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Kubis Beijing)
  14. Cili Merah
  15. Lobak Merah (China)
  16. Lobak Putih (Import)

Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan bagi Skim Harga Maksimum Tahun Baru Cina ialah pada 13 hingga 21 Februari 2026 (Jumaat – Sabtu).

Tempoh pelaksanaan tersebut adalah selama 9 hari iaitu empat (4) hari sebelum perayaan, dua (2) hari semasa perayaan dan tiga (3) hari selepas perayaan.

Aduan Kepada KPDN

Jika terdapat peniaga yang tidak mematuhi skim harga maksimum ini, orang ramai untuk membuat aduan rasmi melalui saluran WhatsApp di 019-848 8000.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, sila layari laman web KPDN iaitu https://www.kpdn.gov.my/.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content