Sultan Selangor dukacita insiden bakar suar babit penyokong Selangor FC

SHARE:

  Sultan Selangor dukacita insiden bakar suar babit penyokong Selangor FC   Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa a...

 

Sultan Selangor dukacita insiden bakar suar babit penyokong Selangor FC

 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada 1 Februari lalu yang didakwa membabitkan penyokong pasukan bola sepak Selangor FC.

Sultan Selangor dukacita insiden bakar suar

Menerusi satu kenyataan, Istana Alam Shah berkata, baginda yang juga penaung Selangor FC tidak berkenan dengan kegiatan tidak bermoral seperti budaya samseng dan gangsterisme yang semakin menular dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya mereka yang memakai jersi pasukan Selangor FC.

“Baginda mahu agar pihak polis mencari dalang di sebalik insiden itu dan sekiranya didapati bersalah, mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang.
“la sebagai pengajaran kepada para penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang,” kata kenyataan itu hari ini.
bakar suar

Foto: Facebook Selangor Royal Office

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru semua penyokong Selangor FC agar sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri, sama ada di dalam atau di luar stadium.

Malah, baginda turut mencadangkan agar penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan kerana menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium bagi menghadiri mana-mana perlawanan yang membabitkan pasukan berkenaan.

“Baginda menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri.
“Baginda turut mencadangkan agar penyokong-penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan, agar diharamkan daripada masuk ke stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu,” ujar kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman memaparkan sekumpulan individu dipercayai penyokong bola sepak membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang awam serta kecaman pelbagai pihak.

bakar suar

Foto: Video tular

Difahamkan, seramai 24 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan susulan insiden itu didapati positif dadah, manakala tiga individu turut disiasat kerana memiliki ganja dan erimin.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content