BREAST CANCER CHANCES!~ Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026

SHARE:

  Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026 Bagi mereka yang menghidap kanser payudara di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan...

 

Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026

Bagi mereka yang menghidap kanser payudara di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan satu skim bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini menerusi Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026.

Berikut adalah maklumat beserta info lanjut mengenai skim ini.

Mengenai Skim Bantuan Peskait Kanser Payudara

Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan khusus bagi membantu mereka yang mengalami kanser payudara.

Skim ini sebagai tanda pihak kerajaan negeri prihatin dan peka dengan ujian dan kesukaran yang dialami pesakit yang mengalami penyakit ini.

Bantuan ini layak diberikan kepada pemohon yang mengalami kanser payudara pada mana-mana tahap berdasarkan syarat-syarat permohonan.


Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan untuk skim ini adalah pada 31 Mac 2026.


Jumlah Bantuan

Bantuan one-off sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada pesakit yang layak.


Syarat Permohonan

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti:

  1. Warganegara Malaysia bermastautin di Negeri Kelantan.
  2. Pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara oleh pihak hospital.
  3. Masih menjalani rawatan kanser di hospital yang diperakui kerajaan.
  4. Bukan daripada penerima Bantuan Kanser Payudara 2025.
  5. Pendapatan isi rumah kurang dari RM 5,000.00 sebulan.


Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://go.kelantan.gov.my/W0SDm.

Isi borang tersebut dan wajib melampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan surat pengesahan sebagai pesakit kanser payudara dari pihak hospital
  • Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan
    *Borang mestilah disahkan oleh Penghulu Mukim dan YB ADN/ Penyelia DUN

Borang dan dokumen tersebut boleh dihantar kepada:

Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.


Soalan Lazim

Apakah maksud Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara?

Skim ini ialah skim yang telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan khusus bagi membantu mereka yang mengalami kanser payudara.

Berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan?

Jumlah bantuan sebanyak RM1,000 secara one-off.

Bilakah tarikh tutup bagi permohonan skim ini?

Tarikh tutup permohonan skim ini adalah pada 31 Mac 2026.

Bagaimanakah saya boleh memuat turun borang permohonan?

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://go.kelantan.gov.my/W0SDm.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara, sila hubungi talian 019-9813918.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content