TIMB.PMX - " Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat kunci keharmonian " – Ahmad Zahid Hamidi

SHARE:

  Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat kunci keharmonian – Ahmad Zahid Usaha memperkukuh toleransi antara penganut agama, pembentuka...

 

Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat kunci keharmonian – Ahmad Zahid

Usaha memperkukuh toleransi antara penganut agama, pembentukan nilai akhlak serta aspek keselamatan rumah ibadat wajar diberi penekanan berterusan bagi memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terus terpelihara.

Toleransi beragama

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keutamaan itu semakin penting, terutama di kawasan bandar yang menempatkan pelbagai rumah ibadat, sekali gus menuntut sikap saling menghormati, kepekaan serta adab yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Beliau mengambil Brickfields sebagai contoh dengan menyatakan bahawa kawasan berkenaan menempatkan lebih 17 rumah ibadat daripada pelbagai agama, termasuk gereja dan kuil.

“Kita mesti belajar menghormati agama lain. Dalam keadaan inilah Malaysia menjadi sebuah negara yang harmoni, bertoleransi dan berbilang kaum,” katanya.
Toleransi beragama

Foto: Bernama

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan tambahan baharu (Fasa 1) Madrasathul Gouthiyyah (Surau Jumaat), Brickfields di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut juga berkata, pembangunan rumah ibadat perlu mengambil pendekatan seimbang, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dalam memakmurkan peranannya sebagai pusat pertemuan serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

Beliau turut menegaskan bahawa umat Islam wajar menjadi contoh terbaik dengan menampilkan akhlak dan adab yang tinggi dalam mengurus serta menghormati perbezaan.

“Sama ada perbezaan sesama umat Islam atau dengan penganut agama lain, kita mesti berpegang pada prinsip toleransi beragama,” ujarnya.

Sumber: Bernama / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content