PENDIDIKAN DUNIA AKHIRAT - Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran 2026

SHARE:

  Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran 2026 Sukacita dimaklumkan bahawa Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ...

 

Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran 2026

program diploma tahfiz al-quran dan al-qiraat

Sukacita dimaklumkan bahawa Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Sesi 2026/2029 melalui Sistem Permohonan Kemasukan Darul Quran (MyDQ) https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.


Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Darul Quran & Sistem Pengajian

Darul Quran ialah institusi pengajian tahfiz al-Quran terulung di Malaysia yang dikendalikan oleh JAKIM yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma. 

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester) dan program-program pengajian ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).

Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:

  • Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, KAQSA Melaka dan IQDAR
  • Kedah)
  • Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, Darul Quran MAIK Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak, ITQAS Sabah dan MITS Selangor)
  • Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
  • Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, IQDAR Kedah dan IKMAS Sarawak)
  • Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
  • Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan Darul Quran MAIK Kelantan)

Tarikh Permohonan

Tarikh bagi pemohon yang berminat adalah pada 2 Februari 2026 sehingga 6 Mac 2026.


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
  4. Tidak berkahwin
  5. Lulus dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut:
    a) Bahasa Melayu; dan
    b) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Manahij al-Ulumal-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran; atau
    c) LULUS Bahasa Arab; dan
    d) LULUS Bahasa Inggeris.

atau

  1. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
  2. Lulus ujian temu duga yang dijalankan oleh Darul Quran.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab.


Cara Memohon

Permohonan ke Darul Quran JAKIM boleh dibuat secara dalam talian bermula 2 Februari 2026 menerusi laman sesawang https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.

Calon-calon yang memohon akan ditapis untuk panggilan temu duga.


Semakan Kelayakan Temu Duga

Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang
https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon dan borang permohonan yang telah dicetak
perlu dibawa semasa menghadiri temu duga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 8 April 2026 adalah tidak berjaya.


Soalan Lazim

Apa itu Darul Quran?

Darul Quran merupakan institusi pengajian tahfiz al-Quran terulung di Malaysia yang dikendalikan oleh JAKIM yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma.

Apakah kursus elektif yang ditawarkan bagi pengajian peringkat Diploma ini?

Kursus elektif yang ditawarkan adalah seperti:
– Kursus Elektif Pengurusan Halal
– Kursus Elektif Qiraat
– Kursus Elektif Syariah
– Kursus Elektif Dakwah
– Kursus Elektif Hadith
– Kursus Elektif Muamalat

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Februari 2026 sehingga 6 Mac 2026.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.

Jika permohonan saya, adakah saya perlu menghadiri temu duga?

Ya. Pemohon mestilah menghadiri temu duga dan semakan boleh dibuat secara dalam talian
https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.


Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi (KBG) melalui talian 03-60635333 atau email seksyenkbg@islam.gov.my.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content