$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Watie buka mulut, perjelas isu Thalita pakai baju dedah bahu – “Bila halang akan memberontak”

SHARE:

  Watie buka mulut, perjelas isu Thalita pakai baju dedah bahu – “Bila halang akan memberontak”   Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, ...

 

Watie buka mulut, perjelas isu Thalita pakai baju dedah bahu – “Bila halang akan memberontak”

 

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah akhirnya membuka mulut memberikan penjelasan berhubung kritikan yang diterima oleh anak tirinya, Thalita, kerana pengayaan busana semasa majlis ‘gender reveal’ minggu lalu.


Bila halang nanti memberontak

watie thalita baju dedah bahu Bila halang nanti memberontak

Dalam klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama penuh Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, memaklumkan bahawa Thalita juga pernah menyimpan hasrat untuk bertudung.


Menurut Watie, perubahan minat Thalita berlaku secara semula jadi selari dengan persekitaran dan usia yang semakin meningkat.

“Dulu Thalita pernah kata nak pakai tudung dan keinginan itu memang ada, tapi bila besar sikit minatnya berubah ikut persekitaran.
“Bila makin besar, dia ada keinginan lain pula, nak cuba baju-baju berbeza. Bila saya larang, daddy tegur sebab saya pun dulu ada pengalaman pakai baju seksi juga,” kata Watie.

Dalam pada itu, Watie turut mengakui wujud sedikit kesilapan dalam pemilihan baju yang ditempah untuk majlis berkenaan, namun masa yang singkat menyebabkan rekaan asal tidak sempat diubah.

Dia menambah, Shuib sendiri menegur bahawa pakaian yang digayakan Thalita agak mencolok mata untuk kanak-kanak seusianya.

“Kes haritu, baju itu tidaklah diminta seperti itu sebenarnya. Tapi baju itu terpotong ke bawah sedikit.
“Pada hari kejadian pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga. Daddy tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju-baju Thalita saya yang uruskan,” jelasnya.

Selain itu, Watie menekankan bahawa pengalaman tersebut menjadi pengajaran kepada Thalita agar lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian pada masa depan.

“Saya izinkan dia pakai. Bila dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam. Biarlah dia alami sendiri supaya selepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri tentang pemakaian.
“Kalau kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak. Kalau kritikan itu membuat dia tak mahu pakai baju seksi lagi, kenapa tidak? Kalau itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?” tambahnya lagi.


Terdahulu, Thalita menerima kritikan daripada segelintir netizen setelah mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan dedah bahu yang dianggap ia kurang sesuai dengan usianya.

Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19, sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun 2023.

Sumber: TikTok ven0om15 / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content