$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

SHARE:

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?     1 Bayangkan anda tiba di MITEC , Kuala Lumpur hujung minggu ini. S...

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

1Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang ramai yang sama excited macam anda. Inilah pengalaman yang dibawa oleh AFFIN Universe, destinasi gaya hidup dua hari yang bukan sekadar pameran, tapi pengalaman menyeluruh yang penuh hiburan, budaya, dan inspirasi gaya hidup moden.

Acara ini berlangsung pada 7 & 8 Februari 2026 (Sabtu & Ahad), 10 pagi hingga 10 malam, melalui AFFIN Universe Anniversary Showcase. Tidak seperti pameran biasa, pengunjung boleh menikmati persembahan secara langsung, penampilan selebriti, zon interaktif, serta aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penglibatan. Dari POV MURAI, rasanya macam tengah “jalan-jalan di festival mini gaya hidup”  setiap sudut ada sesuatu yang buat mata dan minda teruja.

Dan inilah yang paling dinanti-nantikan, lebih dari 10 orang selebriti popular akan memeriahkan MITEC hujung minggu ini! Antara nama yang bakal muncul termasuk Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley, dan Dr. Soo Winci. Tambah lagi, segmen eksklusif ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, serta Marriott Bonvoy, termasuk siaran langsung dua podcast kewangan terkemuka, Financial Faiz & Mr. Money TV.

Pengunjung juga boleh menjelajahi zon bertema yang merangkumi automotif, pelancongan, fesyen dan makanan, direka untuk perjalanan yang lancar dari satu ruang ke ruang lain. Bagi MURAI setiap zon ada cerita dan kejutan tersendiri yang buat korang rasa nak explore setiap sudut.

Dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-50 AFFIN, fokus utama acara ini adalah pengalaman, kreativiti dan hubungan. Walaupun pengunjung ada peluang untuk menerokai tawaran terkini AFFIN, yang paling penting tetap berseronok, belajar, dan berinteraksi.

Jadi, kalau anda nak hujung minggu yang bukan sekadar lepak biasa, datang ke MITEC dan rasai sendiri AFFIN Universe. Lebih daripada 10 selebriti, pengalaman interaktif, dan hiburan sepanjang hari menanti, memang weekend upgrade level maksimum!


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content