$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PM Anwar tegaskan mahu universiti kekal bermutu, bukan sekadar kilang hasilkan sijil

SHARE:

  PM Anwar tegaskan mahu universiti kekal bermutu, bukan sekadar kilang hasilkan sijil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ...

 

PM Anwar tegaskan mahu universiti kekal bermutu, bukan sekadar kilang hasilkan sijil


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu dibangunkan berasaskan keseimbangan antara penguasaan ilmu, kemajuan teknologi serta pengukuhan nilai kemanusiaan.

Bukan kilang hasilkan sijil

Memetik laporan Bernama, menurut beliau, institusi pendidikan memikul tanggungjawab besar dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki akhlak, etika dan jati diri yang utuh.

“Oleh itu saya telah minta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memantau dan mempertahankan mutu di universiti.
“Kalau universiti tidak menjurus ke arah kecemerlangan, universiti itu akan menjadi hambar dan hanya menjadi kilang mengeluarkan sijil dan tidak bermutu sekali gus memberi kesan kepada generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar serta peluncuran pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim serta Canselor Universiti UCSI, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Katanya, pendekatan bersepadu ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan pendidikan dan nilai moral bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing

Dalam pada itu, Anwar menegaskan perkembangan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan pembangunan pusat data membuka ruang besar kepada negara untuk maju. Namun, beliau mengingatkan bahawa kemajuan tersebut tidak seharusnya mengabaikan pembinaan insan serta nilai kemanusiaan.


Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia kini muncul sebagai antara destinasi utama pelajar antarabangsa, dengan kira-kira 160,000 pelajar luar negara sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Menurut beliau, angka tersebut merupakan antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dan mencerminkan tahap keyakinan global terhadap sistem pendidikan negara.

Sumber: Bernama


PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
sumber : ohmymedia.cc / Bernama

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content