$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ @ (BANGSA JOHOR)

SHARE:

  Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ 2026) ialah inisiatif kebajikan rasmi Keraja...

 

Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ

22 inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan peruntukan sebanyak RM138 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 600,000 Bangsa Johor telah diumumkan dalam Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang ke-15.

Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.

Apa itu Bantuan Kasih Johor 2026?

Bantuan Kasih Johor 2026 ialah sebuah program kebajikan negeri yang:

  • Menyalurkan hasil negeri kepada rakyat
  • Mengurangkan beban kos sara hidup
  • Menyokong golongan berpendapatan rendah
  • Memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terpelihara

Inisiatif ini membawa prinsip:

“Hasil negeri dipulangkan kepada rakyat.”

Melalui pendekatan bersasar, BKJ 2026 memastikan bantuan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.


Objektif Bantuan Kasih Johor 2026

Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor 2026 mempunyai beberapa objektif utama:

1. Membantu Golongan Rentan

Golongan miskin tegar, warga emas, OKU, pesakit kronik dan ibu tunggal merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. BKJ 2026 memberi keutamaan kepada kumpulan ini.


2. Menstabilkan Ekonomi Rakyat

Bantuan tunai one-off dan bantuan bersasar membantu meningkatkan kuasa beli rakyat serta merangsang ekonomi tempatan.

 

3. Mengiktiraf Sumbangan Komuniti

Ketua kampung, sukarelawan, guru agama, veteran keselamatan dan penggerak masyarakat turut menerima pengiktirafan melalui bantuan ini.

4. Menyokong Aspirasi Maju Johor 2030

BKJ 2026 menjadi salah satu komponen penting dalam membina negeri Johor yang inklusif dan sejahtera.

Senarai Inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4

Berikut adalah 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4 yang diumumkan:

  1. Bantuan Tunai One-Off kepada Warga Emas yang berusia 60 tahun ke atas : RM200 seorang
  2. Bantuan Tunai One-Off kepada Suri Rumah Tidak Bekerja : RM200 seorang
  3. Bantuan Tunai One-Off kepada Pasangan yang Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025 : RM400/pasangan
  4. Bantuan Tunai One-Off kepada Penjaja serta Peniaga Kecil Berdaftar dan Berlesen dengan PBT : RM300 seorang
  5. Bantuan Tunai One-Off kepada Murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah : RM150 seorang
  6. Bantuan Tunai One-Off kepada Anak Yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor : RM200 seorang
  7. Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin berdaftar di sistem eKasih : RM200 seorang
  8. Bantuan Tunai One-Off kepada Pemandu Bas dan Van Sekolah : RM200 seorang
  9. Bantuan Tunai One-Off kepada Penerima Bantuan Am Kerjaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat : RM300 seorang
  10. Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau : RM200 seorang
  11. Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun : RM200 seorang
  12. Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam : RM200 seorang
  13. Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor : RM300 seorang
  14. Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor : RM200 seorang
  15. Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY : RM5000 setiap persatuan
  16. Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor : RM5000 setiap persatuan
  17. Bantuan Tunai One-Off kepada Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026 : RM200 seorang
  18. Bantuan Tunai One-Off kepada Atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS : RM1000 seorang
  19. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA : RM200 seorang
  20. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) : RM200 seorang
  21. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan : RM200 seorang
  22. Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina : RM200 seorang

bantuan kasih johor bkj 2026 fasa 4

Sumber: Facebook rasmi Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor


RINGKASAN BANTUAN

 

Nama InisiatifBantuan / ManfaatSyarat Kelayakan
Bantuan Tunai One-Off kepada Warga Emas yang berusia 60 tahun ke atas– Memanfaatkan 307 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara Malaysia
– Berumur 60 tahun dan ke atas
– Penerima bantuan kerajaan (STR & SARA) di negeri Johor berdasarkan rekod kelayakan semasa
Bantuan Tunai One-Off kepada Suri Rumah Tidak Bekerja– Memanfaatkan 136 ribu penerima
– RM200 seorang
– Suri rumah yang tidak bekerja
– Suri rumah yang berusia 59 tahun ke bawah
– Masih berkahwin dan mempunyai suami yang sah
– B40 dan M40 (pendapatan suami RM10 ribu ke bawah)
– Perlu pengesahan daripada Ketua Kampung dan Ahli Majlis PBT
– Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh pihak YPKDT
Bantuan Tunai One-Off kepada Pasangan yang Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025– Memanfaatkan 45 ribu pasangan
– RM400 seorang
– Berdaftar di Negeri Johor
– Telah berkahwin pada tahun 2024 dan 2025
– Berusia tidak melebihi 40 tahun ketika berkahwin
– Perkahwinan pertama dan masih pasangan suami isteri sehingga kini
Bantuan Tunai One-Off kepada Penjaja serta Peniaga Kecil Berdaftar dan Berlesen dengan PBT– Memanfaatkan 30 ribu penerima
– RM300 seorang
– Warganegara Malaysia
– Peniaga beroperasi di Johor
– Semua pengusaha penjaja dan peniaga kecil di Negeri Johor yang mempunyai lesen dan masih aktif mengikut PBT
– Pengesahan kelayakan dibuat mengikut data yang diterima melalui 16 PBT
Bantuan Tunai One-Off kepada Murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah– Memanfaatkan 23 ribu penerima
– RM150 seorang
– OKU yang merupakan dari Sistem Maklumat OKU (SMOKU) JKM dan telah disemak silang bersama JPN
– Berumur 5 tahun – 20 tahun
Bantuan Tunai One-Off kepada Anak Yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor– Memanfaatkan 12 ribu penerima
– RM200 seorang
– Telah kehilangan bapa, ibu atau kedua-duanya
– Merupakan anak Johor atau bermastautin di Johor
– Bersekolah di Institusi pendidikan yang diiktiraf (sekolah kerajaan dan sekolah swasta pendidikan khas)
– Sekolah Rendah: 7 hingga 12 tahun
– Sekolah Menengah: 13 hingga 27 tahun
– (Tingkatan 6/Pra-Universiti): sehingga 18 tahun (tertakluk kepada syarat semasa)
Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin berdaftar di sistem eKasih– Memanfaatkan 5 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara dan bermastautin di Negeri Johor
– Ketua Isi Rumah Miskin yang berdaftar di sistem eKasih dan dikemas kini sehingga 15 April 2026
– Maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Johor (ICU JPM) dan disahkan oleh Pejabat Daerah
Bantuan Tunai One-Off kepada Pemandu Bas dan Van Sekolah– Memanfaatkan 5 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara Malaysia
– Pemohon menetap di Johor
– Merupakan pemandu bas / van sekolah yang masih aktif serta berdaftar dengan APAD
– Mempunyai lesen PSV yang sah
– Pengusaha syarikat bas / van sekolah yang berdaftar dengan APAD
Bantuan Tunai One-Off kepada Penerima Bantuan Am Kerjaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat– Memanfaatkan 4 ribu penerima
– RM300 seorang
– Penerima Bantuan Am Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau– Memanfaatkan 30 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara dan bermastautin di Negeri Johor
– Jawatankuasa Masjid dan Surau terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Bendahari & AJK
– Disahkan oleh Pejabat Kadi Daerah & JAINJ
Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun– Memanfaatkan 5 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara dan bermastautin di Negeri Johor
– Pegawai Agama yang layak menerima adalah Pegawai Masjid dan Surau (Imam, Bilal, dan Noja), Pemegang tauliah mengajar Negeri Johor dan Guru Al-Quran yang tidak menerima imbuhan tetap daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan
– Sijil tauliah yang masih aktif
– Sijil yang diperakukan oleh MAINJ
Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam– Memanfaatkan 2 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara Malaysia
– Bertugas sebagai pegawai keselamatan dan pekerja pembersihan
– Bertugas di Hospital Kerajaan/Klinik Kesihatan/Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Agama Islam
Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor– Memanfaatkan 400 penerima
– RM300 seorang
– Warganegara Malaysia
– Pemohon menetap di Johor
– Pemohon berdaftar dengan MOTAC
– Pemohon adalah ahli Persatuan Homestay Negeri Johor
– Pemohon masih beroperasi secara aktif
Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor– Memanfaatkan 3 ribu penerima
– RM200 seorang
– Warganegara dan bermastautin di Negeri Johor
– Sukarelawan Penggali Kubur yang aktif menjalankan tugas kebajikan tersebut
– Disahkan oleh Pejabat Kadi Daerah & JAINJ
Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY– Memanfaatkan 922 persatuan
– RM5,000 setiap persatuan
– Persatuan mestilah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Negeri Johor
– Persatuan hendaklah berstatus aktif dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Negeri Johor
– Persatuan hendaklah beralamat di Negeri Johor
– Penerima perlu disahkan layak oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Negeri Johor
– Persatuan yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dalam laporan
Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor– Memanfaatkan 39 persatuan
– RM5,000 setiap persatuan
– Persatuan sukan negeri yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia
– Persatuan Sukan Negeri Johor yang dinilai menerusi program Penggredan MSNJ
– Persatuan yang aktif dan tidak mempunyai rekod buruk (jenayah) atau digantung
Bantuan Tunai One-Off kepada Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026– Memanfaatkan 1,057 penerima
– RM200 seorang
– Warganegara Malaysia
– Penerima merupakan atlet/jurulatih/urus setia yang dilantik dalam program SUKMA 2026 oleh Majlis Sukan Negeri Johor
Bantuan Tunai One-Off kepada Atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS– Memanfaatkan 30 penerima
– RM1,000 seorang
– Warganegara Malaysia
– Penerima merupakan atlet di dalam program (sekurang-kurangnya dalam senarai panjang) dan dibawah pemantauan oleh Majlis Sukan Negeri Johor
– Telah mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta
Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA– Memanfaatkan 826 penerima
– RM200 seorang
– Penama hanya melibatkan anggota dengan penugasan tetap
– Mempunyai jadual tugas rasmi dan elaun dibayar mengikut jam
– Bukan penerima BKJ 2025
Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)– Memanfaatkan 188 penerima
– RM200 seorang
– Penama melibatkan anggota dengan penugasan tetap
– Penama bertugas secara berterusan sepanjang lantikan dan tidak berhenti/tidak meletak jawatan/tidak diberhentikan akibat kes tatatertib
– Mempunyai jadual bertugas rasmi dan elaun dibayar mengikut jam
– Memenuhi syarat sebagai anggota sukarelawan tetap
– Bukan penerima BKJ 2025
Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan– Memanfaatkan 129 penerima
– RM200 seorang
– Penerima adalah anggota yang dilantik secara rasmi oleh JBPM
– Mempunyai tugas rasmi sepertimana ketetapan Perintah Tetap Ketua Pengarah Bil. 1 Tahun 2014
– Dibayar elaun mengikut kehadiran bertugas dan Latihan
– Bukan penerima BKJ 2025
Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina– Memanfaatkan 790 penerima
– RM200 seorang
– Penjawat semasa Setiusaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang telah didaftarkan di Pejabat Daerah

Sumber: Lee Ting Han (ADUN / State Assemblyman for Paloh AMMK / Johor State Executive Council Member)

 

Kenapa Bantuan Kasih Johor 2026 Penting?

Bantuan Kasih Johor 2026 penting kerana:

  • Mengurangkan tekanan kewangan rakyat
  • Mengukuhkan keselamatan sosial negeri
  • Merangsang ekonomi tempatan
  • Mengiktiraf sumbangan komuniti
  • Meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor

Program ini menyokong pembangunan mampan dan inklusif.


Cara Mendapatkan Maklumat Rasmi BKJ 2026

Untuk mengelakkan penipuan:


Soalan Lazim Bantuan Kasih Johor 2026

1. Apakah Bantuan Kasih Johor 2026?

Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ 2026) ialah inisiatif kebajikan Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 dengan peruntukan RM170 juta yang memberi manfaat kepada lebih 330,000 rakyat Johor melalui 23 kategori bantuan bersasar.

2. Berapa jumlah peruntukan Bantuan Kasih Johor 2026?

Sebanyak RM170 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi melaksanakan 23 inisiatif bantuan di bawah BKJ 2026.

3. Berapa ramai penerima Bantuan Kasih Johor 2026?

Lebih 330,000 rakyat Johor dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan Bantuan Kasih Johor 2026.

4. Siapa yang layak menerima Bantuan Kasih Johor 2026?

Kelayakan bergantung kepada kategori bantuan yang diumumkan. Antara kumpulan sasaran termasuk:

Ketua Isi Rumah miskin dan miskin tegar
Anak yatim
Ibu tunggal berdaftar
OKU dan warga emas
Pesakit dialisis dan pesakit kanser
Pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi
Petani, penternak dan nelayan
Peserta PPR dan RSK
Veteran ATM dan pesara polis
Pelajar Pra Universiti

5. Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 dibuka untuk permohonan umum?

Tidak semua kategori memerlukan permohonan terbuka. Kebanyakan penerima dikenal pasti melalui sistem pendaftaran sedia ada atau agensi berkaitan. Rakyat Johor dinasihatkan merujuk pengumuman rasmi bagi kategori masing-masing.

6. Apakah syarat untuk mengambil bantuan di Fasa 4?

Syarat penting:
Hanya peserta berdaftar dibenarkan
Wakil tidak dibenarkan
Wajib membawa kad pengenalan asal

7. Apakah itu Bantuan Tunai One-Off E-Hailing, P-Hailing dan Teksi?

Semua pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar  dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan aktif di Negeri Johor.

8. Bagaimana cara semakan Bantuan E-Hailing Johor 2026?

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi:
https://semakan.paj.com.my/
Semakan dibuka bermula 20 Februari 2026.

9. Adakah bantuan ini hanya untuk rakyat Johor?

Ya. Bantuan Kasih Johor 2026 adalah khusus untuk rakyat atau individu yang berdaftar dan menetap di Negeri Johor mengikut kategori yang ditetapkan.

10. Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 diberi secara tunai?

Bentuk bantuan bergantung kepada kategori. Sebahagiannya adalah bantuan tunai one-off manakala sebahagian lagi berbentuk bantuan kebajikan bersasar.

11. Bagaimana cara mengetahui status kelayakan BKJ 2026?

Status kelayakan boleh diketahui melalui:
Semakan dengan ADUN kawasan
Pengumuman rasmi Kerajaan Negeri Johor

12. Bagaimana jika saya tidak dapat menghadiri untuk pengambilan bantuan ini?

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke lokasi pengagihan bantuan ini, anda boleh mewakilkan untuk mpengambil bantuan ini dengan mengisi borang kebenaran dan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak PAJ semasa tarikh pengambilan tersebut.



pasca~sumber = ecentral.my

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content