$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Nak Continue Study?!~ Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 (Ambilan Oktober) 2026

SHARE:

  Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 (Ambilan Oktober) Permohonan Pra Diploma UiTM 2026 (ambilan Oktober) kini dibuka bermula 1 Mei 2026 ...

 

Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 (Ambilan Oktober)

pra diploma uitm

Permohonan Pra Diploma UiTM 2026 (ambilan Oktober) kini dibuka bermula 1 Mei 2026 sehingga 30 Jun 2026. Permohonan dan semakan syarat kelayakan boleh dilakukan melalui portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UITM di pautan berikut, https://online.uitm.edu.my/pra/*

Penubuhan program Pra Diploma adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar.

Pelajar tidak perlu risau mengenai yuran kerana yuran adalah PERCUMA, ELAUN saradiri bulanan dan asrama penginapan juga tersedia secara PERCUMA.

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.

Rujuk info penuh permohanan Pra Diploma UiTM 2026/2027 untuk sesi kemasukan Oktober 2026 di bawah.

Ringkasan Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 (Ambilan Oktober)


Apakah Pra Diploma UiTM?

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.

Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

PRA DIPLOMA UITM 2023


Tarikh Permohonan

Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 telah dibuka bermula 1 Mei 2026 sehingga 30 Jun 2026 untuk sesi 1 kemasukan Oktober 2026.

Bagi pelajar yang ingin memohon, sila membuat permohonan segera sebelum permohonan ditutup.



Cara Mohon Pra Diploma UiTM

Untuk membuat permohonan, sila rujuk kaedah permohonan di bawah:

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Nombor Pin PERCUMA Pra Diploma.  [KLIK DI SINI]
  2. Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk mengisi borang permohonan.
  3. Muatnaik dokumen2 diperlukan.

Rujuk manual permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 (Ambilan Oktober) berikut: https://bit.ly/panduanpra

NOTA: Permohonan No Pin Percuma Pra Diploma UiTM 2026/2027

  • Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.
  • Nombor Pin adalah unik bagi setiap individu.
  • Hanya satu emel dibenarkan untuk satu nombor kad pengenalan.
  • Nombor pin akan dihantar kepada emel yang didaftarkan. Sila rujuk emel.
  • Sebarang permohonan nombor pin yang berulang, hanya emel yang digunakan pada permohonan pertama akan menerima nombor pin.
  • Penerimaan nombor pin tidak memberi maksud calon diterima ke Pengajian Pra Diploma.
  • Sila ke laman sesawang Borang Permohonan Pra Diploma. (Borang dibuka mulai 1 Mei 2026)
  • Hanya permohonan yang lengkap (Pengisian Borang & Penghantaran Dokumen) akan diproses.
  • Maklumat berkaitan Program Pra Diploma, sila klik Laman Panduan Pra Diploma UiTM.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 3178 / 3193 / 3191  atau emel kepada pra.shahalam@uitm.edu.my atau pradiploma@uitm.edu.my.
  • Calon diminta menyimpan no pin akses yang diberikan bagi tujuan proses rayuan. (Sekiranya berkaitan)
  • BORANG PERMOHONAN NO PIN AKAN DITUTUP PADA 30 JUN 2026, JAM 11.00 MALAM

Jika No Pin tidak diterima, sila cuba kembali pada waktu dan hari yang berbeza dengan menggunakan maklumat emel yang sama sahaja.


MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PRA DIPLOMA UITM 2026/2027 (AMBILAN OKTOBER)


Senarai Dokumen Diperlukan

NOTA: Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu ‘disahkan benar dari salinan asal’ / ‘certified true copy’. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya’.

Berikut ialah senarai dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.
  3. Salinan SPM.
  4. Salinan Penyata Gaji Ibu / Bapa ATAU surat pengesahan status pekerjaan/ pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/penyata gaji/ tidak bekerja/ suri rumah.
  5. Salinan sijil/ pengiktirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).

Dokumen Tambahan

  1. Salinan SPM Ulangan (Jika berkaitan).
  2. Salinan Sijil Anak Angkat/ Cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/ MyKad (jika berkaitan).
  3. Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan).
  4. Salinan Surat Penceraian Ibu Bapa (jika berkaitan).
  5. Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan / Negeri yang terkini (Jika Berkaitan)
  6. Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan).
  7. Dokumen dokumen lain (Kad OKU , Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa).

Klik pautan di bawah untuk MUAT TURUN:

Senarai Program Pra Diploma UiTM & Syarat

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

1. Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)

  • Tempoh Pengajian: 1 Sem / 6 Bulan
  • Kod Program: BA002/BA003

Syarat Am Universiti

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).

Syarat Khas Program

  • LULUS Matematik
  • LULUS Bahasa Inggeris

2. Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)

  1.  Tempoh Pengajian: 1 Sem / 6 Bulan
  • Kod Program: AS007/AS008

Syarat Am Universiti

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).

Syarat Khas Program

 LULUS SATU (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan.
  • KEPUJIAN Matematik/Matematik Tambahan.
  • LULUS Bahasa Inggeris.

3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)

  • Tempoh Pengajian: 2 Sem / 1 Tahun
  • Kod Program: AS002/AS003

Syarat Am Universiti

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).

Syarat Khas Program

  • MINIMA GRED B dalam mata pelajaran Sains
  • KEPUJIAN Matematik / Matematik Tambahan
  • LULUS Bahasa Inggeris

4. Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)

  • Tempoh Pengajian: 1 Sem / 6 Bulan
  • Kod Program: AT001/AT002

Syarat Am Universiti

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).

Syarat Khas Program

  • LULUS Pertanian / Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan / Prinsip Perakaunan
  • LULUS Matematik / Matematik Tambahan
  • LULUS Bahasa Inggeris

5. Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

  • Tempoh Pengajian: 1 Sem / 6 Bulan
  • Kod Program: IC001/IC002

Syarat Am Universiti

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).

Syarat Khas Program

  • LULUS Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum
  • LULUS Matematik / Matematk Tambahan
  • LULUS Bahasa Inggeris
  • LULUS Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah

Untuk semakan syarat kelayakan dengan lebih terperinci, sila rujuk: selangkah.uitm.edu.my



Penerapan Pra Ploma UiTM ke Program Diploma

Proses penerapan (transisi) dari Pra-Diploma ke Diploma adalah automatik sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, namun terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda fahami.

Syarat Umum Penerapan

Untuk melayakkan anda “diserap” masuk ke program Diploma, anda perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Lulus Semua Kursus: Anda mesti lulus semua mata pelajaran yang diambil dalam semester Pra-Diploma.
  • Himpunan Purata Nilai Gred (HPNM/CGPA): * Minima 2.00 untuk layak memohon kebanyakan program Diploma. HPNM yang lebih tinggi (contohnya 3.00 ke atas) akan memberi kelebihan untuk memilih program yang lebih kompetitif.
  • Syarat Khusus: Sesetengah fakulti menetapkan gred minima untuk subjek tertentu (contohnya Gred B dalam Matematik atau Bahasa Inggeris).

Pilihan Diploma anda bergantung kepada aliran Pra-Diploma yang anda ambil. Rujuk poster-poster di bawah:

 



Kelebihan Pra Diploma UiTM

Antara kelebihan Pra Diploma UiTM adalah:

  • Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
  • Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
  • Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
  • Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
  • Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli



Senarai Kampus PPT

Berikut adalah senarai kampus PPT UiTM berdasarkan kursus Pra Diploma yang ditawarkan:

* Sila rujuk poster untuk dokumen tambahan yang diperlukan atau muat turun lampiran berikut:



Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Unit Diploma & Pra Diploma ditalian 03-5544 3178 | 3193 | 3191 ATAU Facebook : Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my atau, Laman Pra Diploma UiTM.

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN



Soalan Lazim Pra Diploma UiTM 2026

Bilaka Permohonan Pra Diploma UiTM 2026/2027 sesi Oktober dibuka?

Permohonan untuk sesi Oktober 2026 (Sesi 1 2026/2027) dibuka bermula 1 Mei 2026 sehingga 30 Jun 2026.

Apakah Program yang Ditawarkan?

Terdapat 5 program yang ditawarkan iaitu:
Pra-Diploma Perdaganga
Pra-Diploma Sains
Pra-Diploma Sains (STEM C & Sastera)
lPra-Diploma Agroteknologi
Pra-Diploma Pengajian Islam

Apakah Syarat Kelayakan Minimum?

Secara umumnya, syarat minimum adalah:
Warganegara: Bumiputera sahaja.
Keputusan SPM: Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 Kredit (Gred C) termasuk Bahasa Melayu.
Subjek Wajib: Lulus Matematik/Matematik Tambahan dan Lulus Bahasa Inggeris.

Apakah Perbezaan Antara MDAB dan Pra-Diploma Biasa?

– MDAB (B40/M40): Jika pendapatan kasar isi bapa/ibu adalah RM4,999.99 ke bawah, anda layak mendapat yuran pengajian percuma, kolej percuma, dan elaun wang saku (tertakluk kepada syarat).
– Pra-Diploma Biasa: Jika pendapatan keluarga melebihi RM5,000, anda masih boleh memohon tetapi perlu membayar yuran pengajian dan kolej sendiri.

Bagaimana Cara Memohon Pra Diploma UiTM?

Dapatkan No. Pin Percuma melalui pautan khas yang disediakan oleh Unit PPT UiTM
Layari portal .
Isi maklumat dan muat naik dokumen (Salinan IC, Slip SPM, Slip Gaji Ibu Bapa).

Berapa Lamakah Tempoh Pengajian?

Tempoh pengajian adalah 1 Semester (kira-kira 4 hingga 6 bulan) sahaja. Selepas tamat dan lulus dengan HPNM 2.00 ke atas, anda akan terus diserap (penerapan) ke program Diploma pilihan anda di UiTM.

 

pasca~sumber = ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content