$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Penarafan Perusahaan Sosial KUSKOP 2026 - 2027

SHARE:

  Permohonan Penarafan Perusahaan Sosial KUSKOP Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempelawa usahawan berimpak untuk men...

 

Permohonan Penarafan Perusahaan Sosial KUSKOP

penarafan perusahaan sosial

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempelawa usahawan berimpak untuk mendapatkan Penarafan Perusahaan Sosial (SE) secara rasmi menerusi pautan https://semy.com.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai penarafan ini.


Apa Itu Perusahaan Sosial?

Perusahaan Sosial adalah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.

Ciri-ciri perusahaan sosial adalah seperti berikut:

  • Didorong Oleh Matlamat/ Didorong Oleh Tujuan
  • Perniagaan Berdaya Maju
  • Menangani Cabaran Sosial Dan/ Atau Alam Sekitar
  • Mencapai Impak Positif


Mengenai Penarafan Perusahaan Sosial

Penarafan Perusahaan Sosial diwujudkan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan.

Ia diwujudkan oleh kerajaan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar dalam mengembangkan perniagaan.


Penarafan kepada perusahaan sosial adalah kunci kepada ekosistem sokongan yang lebih luas seperti:

  • Pengesahan Status Akses
  • Pelbagai Inisiatif
  • Peluang Skala Perniagaan


Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar menerusi penarafan ini adalah seperti berikut:

  • Kanak-Kanak
  • Warga Emas
  • Orang Kelainan Upaya
  • Gelandangan Dan Pengemis
  • Mangsa Bencana Alam
  • Mangsa Keganasan Rumah Tangga
  • Pesalah di Bawah Perintah Khidmat Masyarakat
  • Mangsa Pemerdangan Manusia
  • Belia Kurang Bernasib Baik
  • Populasi Rentan
  • Masyarakat Orang Asli/ Asal
  • Keluarga Rentan: Ibu Tunggal Dan Bapa Tunggal
  • Orang Yang Mengalami Ketagihan
  • Bekas Banduan
  • Individu Tanpa Dokumen
  • Golongan Miskin dan Miskin Tegar
  • Perlindungan Haiwan


Tahap Penarafan

Terdapat 3 tahap penarafan iaitu:

  • Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) : Tahap permulaan
  • Perusahaan Sosial Asas (SE.B) : Tahap pertengahan
  • Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) : Tahap potensi


Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://semy.com.my/

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan penarafan ini adalah seperti berikut:

  • Salinan sijil pendaftaran organisasi
  • Dokumen yang menyatakan tujuan penubuhan dengan jelas
  • Akaun Pengurusan (Management Account)
  • Akaun Beraudit Disatukan (Consolidated Audited Account)


Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Perusahaan Sosial?

Perusahaan Sosial ialah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.

Apakah ciri-ciri perusahaan sosial?

– Didorong Oleh Matlamat/ Didorong Oleh Tujuan
– Perniagaan Berdaya Maju
– Menangani Cabaran Sosial Dan/ Atau Alam Sekitar
– Mencapai Impak Positif

Apakah maksud Penarafan Perusahaan Sosial?

Penarafan Perusahaan Sosial diwujudkan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan

Apakah tahap penarafan yang ditawarkan?

– Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) : Tahap permulaan
– Perusahaan Sosial Asas (SE.B) : Tahap pertengahan
– Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) : Tahap potensi

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

Permohonan perlu dibuat menerusi atas talian iaitu https://semy.com.my/.


Info Lanjut

Info lanjut mengenai Penarafan Perusahaan Sosial, sila hubungi:

  • No Tel: 03 – 8883 6415/ 6431/ 6418 C
  • Emel: ski.bdha@kuskop.gov.my/se.secretariat@insken.gov.my
  • Laman web: https://semy.com.my



pasca~sumber = ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content