$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Short-term Memory Lost ?~ Lupa Kata Laluan BSN Online? – Ini Cara Tukar Password MyBSN

SHARE:

  Lupa Kata Laluan BSN Online? – Ini Cara Tukar Password MyBSN Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking (MyBSN), ta...

 

Lupa Kata Laluan BSN Online? – Ini Cara Tukar Password MyBSN


lupa password bsn

Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking (MyBSN), tapi dah lupa pula kata laluan (password) untuk login ke akaun MyBSN anda – jangan risau.

Di sini kami kongsikan cara tukar / reset semula password tu agar boleh diakses semula.

Jom tengok langkah-langkahnya yang dikongsikan di bawah.


Apakah myBSN?

MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Melalui MyBSN, pengguna boleh lakukan pelbagai urusan secara dalam talian, contohnya ialah Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.


Cara Daftar MyBSN

Untuk mendaftar BSN online banking atau MyBSN, anda perlu mempunyai nombor telefon yang didaftarkan terlebih dahulu selain mengetahui nombor kad debit dan juga pinnya.\

Sekiranya belum mendaftarkan nombor telefon, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk mendaftarkannya.

Setelah menyediakan ketiga-tiga perkara tersebut (nombor telefon yang didaftarkan, nombor kad debit, pin kad debit), anda boleh terus pergi ke laman sesawang berikut untuk mendaftar sebagai pengguna kali pertama: https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do


Cara Tukar Password MyBSN

Beberapa persediaan sebelum membuat langkah menukar kata laluan, pastikan anda:

  • Mempunyai internet yang stabil – seeloknya gunakan laptop
  • Sediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin
  • Masih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN (Sebab nanti anda akan menerima nombor OTP dan TAC untuk segala urusan transaksi. Jika nombor telefon yang didaftarkan belum dikemaskini, sila hubungi BSN terlebih dahulu).

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk tukar password BSN online banking:

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

  • Isi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).
  • Isi CVV2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.
  • Klik Submit.
lupa password bsn online

LANGKAH 3:

  • Kemudian, anda perlu isikan username anda dan masukkan password baru anda.
  • Masukkan sekali lagi password baru anda untuk disahkan.
  • Kombinasi kata laluan ini kena ada huruf besar, huruf kecil, nombor dan seeloknya letak skali simbol.
  • Seterusnya, klik Request OTP. Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
  • Masukkan OTP yang diterima melalui mesej.
  • Klik Submit.

Selesai. Anda akan menerima notis “Password changed successfully”. Klik ‘click here‘ untuk login semula menggunakan password baru anda.

 

Lupa Username BSN Online

Bagi yang terlupa Username pula, rujuk langka-langkah berikut:

  1. Pastikan anda mempunyai kad bank bersama anda.
  2. Hubungi talian perkhidmatan BSN di: 1300 88 1900.
  3. Seterusnya, maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan bahawa anda terlupa ID/username BSN online.
  4. Pegawai khidmat pelanggan akan bertanya dan meminta maklumat nombor kad bank dan nombor kad pengenalan anda untuk pengesahan.
  5. Setelah itu, anda akan diberitahu USERNAME anda. Selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau emelkan pertanyaan anda ke: customercare@bsn.com.my.

Layari https://www.bsn.com.my/ untuk info terkini.

 

pasca~sumber = ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content