Apa Nak Buat Bila Anak Muntah?

SHARE:

Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti. Ok, jom kita tahu dulu ke...

Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah.

Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.

Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak kanak muntah.

Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.

Penyebab kanak kanak muntah adalah:

1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan

- biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan

- akan sembuh dalam masa 1-3 hari.

2. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan

- Sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.

- Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.

- Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.

3. Keracunan

- boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus,makanan mentah atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.

4. Masalah usus

- contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.

5. Jangkitan kuman yang lain

- contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.

Penyebab muntah kepada bayi pula adalah :

1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan

2. Gastroesophageal reflux

- kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.

3. Alahan makanan atau bahan lain

4. Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.

5. Masalah kongenital

- biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.

6. Intussusception

- keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.

7. Strangulated hernia

- Angin pasang bersimpul.

8. Terlebih makan atau minum.

https://www.healthdirect.gov.au/diarrhoea-in-children

1. Muntah yang melebihi 24-28 jam

2. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)

3. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)

4. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk

5. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu

6. Anak kurang makan dan minum

7. Tanda tanda dehidrasi:

- Mulut/bibir kering

- Menangis tapi tiada air mata

- Lesu dan nampak celaru

- Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)

8. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk

9. Asyik mengadu sakit /menangis

10. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.

11. Perut kelihatan kembung atau keras.

12. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.

Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.

Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.

Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.

Perhatikan anak anda sebaiknya.

Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.

Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor. 

Masa adalah nyawa.

https://www.healthdirect.gov.au/diarrhoea-in-children

Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)

1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.

2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.

3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.

4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.

5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.

6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.

7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat di rumah?

Saya senaraikan dalam gambar di bawah ya😊

Nota kaki : Anak kita, amanah kita. Anak kita, bukan anak mereka✌️

Dr. Erna Nadia

Pegawai Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga segalanya dikongsikan ini dapat membantu anda jikalau terdapat anak anda kerap muntah-muntah. Sebab anak saya tidak berapa sihat hari ini disebabkan muntah-muntah. Jadi saya nak share sebelum orang lain berlaku perkara yang sama untuk anak mereka.

Kalau kelihatan teruk sangat, terus ke hospital dengan segera. Sayangilah nyawa anak anda sebab mereka ini tidak boleh beritahu sangat sakit teruk atau tidak seperti orang dewasa.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content