Bank Islam Tawar Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

SHARE:

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu pelanggan pembiayaan yang ...

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas, berikutan situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Menurut Bank Islam, pelanggan kemudahan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang terjejas akibat bencana itu boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

"Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas, Bank Islam turut menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk pelanggan Pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

Menerusi kemudahan itu, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan berjumlah sehingga RM150,000, manakala saiz pembiayaan untuk PKS adalah RM700,000 dengan tempoh pembiayaan selama tujuh tahun termasuk moratorium selama enam bulan.

Sementara itu, moratorium sehingga enam bulan juga disediakan kepada pelanggan PMKS Bank Islam sedia ada yang terjejas di kawasan bencana banjir yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Bantuan kewangan ini dibuka kepada semua kemudahan kredit dengan bayaran berjadual atau secara kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Kredit Pusingan & Aliran Tunai serta Kemudahan Perdagangan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata, bank itu sentiasa mengikuti perkembangan terkini situasi di kawasan yang terjejas dan memahami cabaran yang dialami pelanggan ketika ini, seterusnya mengambil langkah proaktif untuk memastikan proses dokumentasi serta kelulusan permohonan bantuan yang mudah.

"Kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi antara keutamaan Bank Islam. Justeru, kami berharap Program Prihatin Banjir dan dua lagi kemudahan Bantuan Bencana untuk PMKS yang terjejas dapat membantu melegakan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam mendepani situasi yang mencabar ini," katanya.

Permohonan Program Prihatin Banjir boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian.

Sumber : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/12/1042971/bank-islam-tawar-moratorium-6-bulan-kepada-mangsa-banjir

Ini baru dikatakan bank yang prihatin terhadap mangsa banjir disebabkan ianya disebabkan musibah, bukan sebab kelalaian dan suka hati minta untuk jadi sebegitu. Betul tak?

Kalau kita semua di dalam situasi banjir mesti akan terasa banyak terbeban perlu diganti baru dan dikemas semula seperti barangan perabot, elektrik, rumah serta lain-lain lagi.

Dengan adanya moratorium ini amat dan sangat membantu untuk mangsa banjir. Terutamnya sampai tergelam satu rumah, semua harta benda di dalam rumah tidak dapat diselamatkan. Hanya sehelai sepinggang sahaja lari keluar untuk selamatkan diri.

Semoga Bank Islam dimurahkan rezeki kerana membantu rakyat yang di dalam kesusahan dengan menawarkan moratorium selamat 6 bulan. Anda memang terbaik.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content