Main Games Mobile Legends: Bang Bang

SHARE:

Siapa disini main games Mobile Legends: Bang Bang di handphone anda? Kebanyakkan anak muda mesti minat bermain games ini kerana games ini be...


Siapa disini main games Mobile Legends: Bang Bang di handphone anda? Kebanyakkan anak muda mesti minat bermain games ini kerana games ini begitu santai dan menyeronokan untuk mengisi masa lapang. Jom kita lihat penerangan games ini dibawah.

Jangan ingat bapak budak pun tidak berminat main games pada zaman sekarang ini, hanya untuk relax dan santai sahaja main games dan teringat zaman budak-budak kembali. HAHA!
Mobile Legends: Bang Bang (sering disingkatkan sebagai Mobile Legends, MLBB atau ML) merupakan sebuah permainan telefon pintar permainan berperanan (role-playing game,RPG) yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton, anak syarikat usaha ByteDance. Permainan ini diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem pelantar Android pada 14 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016. Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent. Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah permainan bergenre arked iaitu Mobile Legends Adventure.

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan arena pertarungan atas talian multipemain yang direka untuk telefon bimbit. Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes). Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing. Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets). Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Di setiap pasukan, terdapat lima pemain yang masing-masing mengendalikan watak yang dikenali sebagai "pahlawan". Wira boleh dikelompokkan menjadi 6 peranan yang berbeza iaitu Marksman, Assassin, Mage, Support, Fighter dan Tank.

Saya merupakan salah satu peminat tegar games ini disebabkan boleh download dalam telefon android ataupun ios kerana saya mempunyai kedua-dua jenis handphone berkenaan.

Saya paling tinggi dapat rank Legends je, belum sampai Mythic. Asyik memang kalah dan memang kalah je sampai kesudah. Kalau ada geng laju sikit buat kerja up rank.

Jadi anda salah seorang peminat games ini juga? Jom komen sikit tanda anda juga peminat setia games ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content