Viral Bertam Souk & Water Park Penang Di Arah Tutup

SHARE:

Viral di social media seperti facebook hari ini bahawa Bertam Souk & Water Park Penang iaitu Taman Tema Air Bertam Kepala Batas Pulau Pi...

Viral di social media seperti facebook hari ini bahawa Bertam Souk & Water Park Penang iaitu Taman Tema Air Bertam Kepala Batas Pulau Pinang diarahkan tutup boleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) disebabkan tiada lesen untuk jadikan tempat tersebut taman teman.

Ada yang sudah sampai tapi lihat pekerja MBSP ramai untuk tutup dan kemungkinan ada yang dah masuk diarahkan keluar (ini saya tidak pasti). Tapi kesian pengunjung dan anak beranak mereka mengharapkan dapat buat family day hari ini tapi harapan itu hancur berkecai.

Notis penutupan operasi aktiviti hiburan taman tema air yang beralamat di maritime waterfront suites sdn bhd 2200 jalan bertam kepala batas 13200 pulau pinang disebabkan mengadakan hiburan (taman tema air) tanpa lesen.

Detail taman tema air Bertam Souk & Water Park Penang

  • Lot 12854, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir Mukim 6,
  • 012-415 5783
  • info@bertamresort.com
  • bertamresort.com
Harga untuk masuk ke dalam taman tema air ini sewaktu promosi yang terdekat
  • Harga tiket (Jumaat - Ahad)
  • Dewasa: RM58.80 (RM84)
  • Kanak-Kanak (<12 tahun): RM38.50 (RM55)
  • Warga Emas: RM38.50 (RM55)
  • Orang Penang dapat diskaun 30% hingga 31 Dis 2022
  • @bertamsoukandwaterpark , Pulau Pinang
  • 10am - 5pm (setiap hari)


Macam pelik atau tidak sebuah taman tema air yang dianggarkan kos ratusan ribu mungkin mencecah jutaaan ringgit tapi lesen hanya berapa duit sahaja tidak boleh buat. Ataupun mereka jalankan bisnes ini secara underground dan akhirnya kantoi juga.

Punyalah ramai orang masuk daripada tarikh pembukaan sehingga hari ini baru nak buat notis penutupan, sebab lokasi sebelah jalan dan tempat tersebut secara terang-terangkan orang lalu boleh nampak. Agak pelik juga dan dijadikan persoalan.

Pada facebook rasminya berapa hari yang lepas, ada site inspection lagi di dalam status yang diletak pada pagesnya dan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pulak tu. Mungkin tapak itu selamat untuk mandi, cuma owner tak apply untuk lesen je kot. Jadi siapakah yang salah, ku tak tahu!


Ramai orang tersangkut di depan taman tema air tersebut sebab dah dapat arahan tutup memang tak boleh masuk. Jadi yang mana datang jauh tu terpaksa berputih mata untuk hari ini. Apa-apa pun kita kena fikir juga dan jangan marah kerana semua perkara ada hikmahnya.

Semoga pemaju dan owner Bertam Souk & Water Park Penang iaitu Taman Tema Air Bertam Kepala Batas Pulau Pinang ini apply dan mohon lesen perniagaan taman tema air siap-siap supaya tidak lagi pelanggan anda terkena.

Dahulu tempat ini ada juga terbaca dan terdengar pun ada kes pekerja tidak dibayar gaji dan tutup begitu sahaja, takkan perkara sama nak berulang. Jadi take action. Dan jangan kecewakan orang ramai kerana bertam itulah salah satu tempat tarikan pelancong untuk memberikan sumber income juga kepada peniaga lain.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content