$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Makan Subway Long Foot Dan 6 Inch

SHARE:

Rutin harian ada kerja hakiki ini seperti biasa, selepas balik kerja tengahari sebab kerja shift semestinya nak makan. Jadi isteri saya pun ...


Rutin harian ada kerja hakiki ini seperti biasa, selepas balik kerja tengahari sebab kerja shift semestinya nak makan. Jadi isteri saya pun rekeman apa kata kita makan burger, mesti anda pelik kenapa tak makan nasi diwaktu tengahari? Sebab pagi tadi dah makan nasi goreng di tempat kerja. Jadi tengahari kita ubah sikit menunya.

Pada mulanya ingatkan nak makan McDonald's tapi boleh terlajak makan Subway sebab lama sudah tidak makan. Terus on makan Subway dengan menggunakan Grab Food. Saya malas nak keluar dah lepas balik kerja ini. Terpaksalah order untuk orang pemalas seperti saya ini.


Panjang Foot Long Subway ini saiz 12 inci, jadi kalau korang beli 6 inch bermakna akan dapat setengah sahaja. Tapi kalau dah makan foot long ini, konform kenyang sampai terkangkang. HAHA!

Saya order melalui Grab Food ini, kedainya di kawasan lot kedai banyak-banyak di Bertam Perdana.


Kalau anda nak dine in terus dalam itu pun boleh, tiada masalah. Dia ibarat kedai makan seperti biasa tapi asasnya seperti oblong, burger dan seangkatan dengan roti. Saya pun tak berapa reti nak sebut jenis produk subway nak buat ini.

Apa-apa pun bila dah makan, hati senang, perut pun kenyang. Selamat mencuba kepada sesiapa yang belum pernah makan subway, dijamin halal.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content