$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Pergi Pesta Pulau Pinang 2022

SHARE:

Selepas Asar, saya dengan keluarga bergerak ke Pesta Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai Pesta Penang untuk tahun 2022 ini setelah sekian ...


Selepas Asar, saya dengan keluarga bergerak ke Pesta Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai Pesta Penang untuk tahun 2022 ini setelah sekian lama tutup disebabkan negara Malaysia dilanda Covid-19. 

Tiket masuk untuk Dewasa ialah RM5 dan Kanak-Kanak 6 Tahun Sehingga 12 Tahun ialah RM1 sahaja. Bolehlah, agak jimat untuk kanak-kanak dan boleh tahan mahal juga untuk dewasa.

Parking di dalam tapak pesta hanya RM5 sahaja untuk parking disekeliling tapak pesta. Kalau nak parking dekat sebelum tapak pesta bermula jam 6 petang kena masuk parking siap-siap. Kalau tak penat sikit nak berjalan menapak untuk masuk ke dalam tapak pesta.

Hari ini saya dengan keluarga dapat lepas gian untuk pergi ke Pesta Pulau Pinang 2022 di Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang bermula 26 November 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan dibuka pada jam 6 petang sehingga 12 malam.

Lokasi Tapak Pesta Pulau Pinang 2022 masih di tempat yang sama iaitu Tapak Pesta Sungai Nibong beralamat 11600, Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Sungai Nibong, 11700 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Di atas ini adalah senarai Program Persembahan Pentas Arena 1 yang dimana para artis malaysia kemungkinan akan dapat hadir untuk memeriah suasana membuat konsert di dalam pesta penang ini.

Kalau anda peminat salah satu artis di atas, bolehlah pergi memeriah suasana dan tiketnya murah sahaja daripada harga konsert yang asal. HEHE!


Pelbagai jenis gerai dan lot kedai tersedia seperti gerai makan, kedai mainan, kedai kasut, kedai karpet, kedai baju, kedai pelbagai jenis barangan dan bermacam-macam lagilah. Standby peluru duit banyak sikit untuk membeli belah dengan sakan.


Ada juga tempat lampu berkelip neon disitu, memang terang taman itu dihiasi lampu-lampu yang begitu romantik dan tentang gitu. Kalau kaki selfie boleh pergi tempat macam ini. Selfie sampai penat terkangkang.


Tempat mainan ini lah yang paling best untuk kanak-kanak dan anak-anak anda, macam-macam mainan fun fair ada yang disediakan oleh Euro Fun Park. Tapi untuk tahun 2022 ini tiket agak mahal iaitu 1 token berharga RM5, setiap mainan minima 2 token. Habis kayap duit mak bapak yang pi. HAHA!

Apa pun, setiap tempat kita pergi mesti kena keluarkan duit, kalau yang tak ada bajet itu kemungkinan boleh pergi tapi tak boleh boros sangat kerana makanan sahaja boleh tahan harganya.

Air minuman dalam bekas dalam RM5 untuk satu cawan. Memang terpadu! Tapi ceroi dan gula banyak. Itu yang menghampakan saya sebab sama seperti pasar malam sahaja kualitinya. Untung lebih, kepuasan kepada pelanggan kurang. Kalau branded seperti RM5 saya memang puji!

Kepada yang belum pergi ke Tapak Pesta Pulau Pinang 2022 di Sungai Nibong, kalau berjalan-jalan di Penang boleh lah singgah disini pada waktu malam seperti yang dinyatakan iaitu 6 petang sehingga 12 malam.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content