Panduan Keselamatan Jalan Raya

SHARE:

Kali ni saya nak sharekan sedikit dengan korang beberapa panduan yang saya selalu guna untuk keselamatan ketika memandu di jalanraya. Pandua...

Kali ni saya nak sharekan sedikit dengan korang beberapa panduan yang saya selalu guna untuk keselamatan ketika memandu di jalanraya. Panduan ni simple sangat, tapi amat berbaloi kalau dapat diamalkan. Saya kalau memandu di jalan raya terutamanya lebuhraya, memang beberapa panduan ni saya selalu praktikkan.

1. PASTIKAN KEADAAN KENDERAAN

Sebelum korang mula bertolak ke mana-mana destinasi mengggunakan kenderaan korang, pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang mantap. Mantap yang saya maksudkan bukanlah kena pasang enjin turbo atau apa-apa yang mengarut. Cukup la sekadar korang check lampu signal, lampu brek, dan beberapa lagi perkara utama yang diajar waktu korang ambil lesen dulu. Kalau korang mengambil lesen secara sah, insyaAllah korang akan tahu benda ni. Kalau lesen terbang, jangan salahkan saya sebab tak detailkan kat sini ok.

2. FOKUS KEPADA 3 CERMIN

3 cermin yang saya maksudkan ialah cermin depan, cermin sisi, dan cermin pandang belakang. Kalau cermin mekap or cermin muka korang tak payah nak fikir dulu ketika driving. Bagi saya , ketiga-tiga cermin ni penting waktu driving. Untuk cermin sisi dan cermin belakang tu, saya harap korang guna seelok-eloknya waktu driving terutama pemandu wanita. saya perasan kalau pemandu wanita ni biasanya main tukar line ikut suka je. Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang kalau nak tukar lane. Jangan limitkan penggunaan cermin tu sekadar untuk mengundur sahaja k.

3. PERHATIKAN KELAJUAN KENDERAAN

Kalau saya driving, memang selalu saya menjeling-jeling ke arah speed meter kenderaan yang saya bawak. Bukan nak tengok berapa laju saya boleh bawak, tapi saya nak pastikan kelajuan saya dalam keadaan yang selamat. Biasanya kalau kita driving, punya la sedap tekan pedal minyak hingga tak perasan yang kelajuan kita sudah di tahap yang merbahaya, terutama kereta-kereta mewah. Pastikan korang memandu mengikut had kelajuan yang dah ditetapkan.

4. AWAS DENGAN KEADAAN KELILING

Kalau driving di lebuhraya, saya yakin korang akan jumpa dengan berbagai ragam pemandu-pemandu yang lain. Ada yang suka brek mengejut, ada yang suka tukar lane tanpa signal, ada yang bawa kereta perlahan sangat, dan macam-macam lagi. Jadi bila keadaan macam ni, korang kena sentiasa awas/alert dengan pemandu-pemandu lain di sekeliling korang. Kalau nak lagi selamat, jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain. Ambil jarak selamat antara kenderaan korang dengan kenderaan yang lain.

5. PASTIKAN LORONG KENDERAAN

Bila sebut pasal lorong ni, ada segelintir manusia yang saya benci kalau memandu di lebuh raya. Saya tak suka kereta yang terlalu perlahan tapi di lorong tengah. Kalau korang bawa kereta, pastikan lorong korang tu betul. Bila bawa dengan kelajuan perlahan, korang masuk lorong paling kiri. Masuk lorong kanan/tengah kalau kalau korang memandu dalam keadaan laju. Bila di lorong kanan, alert jika ada kenderaan yang bagi high beam dengan korang. Dia bagi high beam bukan untuk berkenalan dengan korang, tapi sebenarnya meminta korang ke tepi untuk memberi dia laluan k.

6. JANGAN RAPAT DENGAN KENDERAAN BERAT

Untuk keselamatan, jangan ikut terlalu rapat dengan kenderaan yang bersaiz besar seperti treler dan bas. Bahaya. Kalau korang yakin dapat memotong, pintas kenderaan tu pastu cuba kekalkan jarak selamat antara kenderaan korang dengan bas/lori. Kalau bas/lori tu terlalu rapat di belakang korang, bagi laluan kepada bas/lori tu untuk memotong korang. Jangan biarkan kenderaan berat macam tu rapat dengan korang. Bahaya kalau jadi apa-apa terutama yang kenderaan kecil terutama motorsikal.

7. RINGANKAN TANGAN UNTUK GUNA LAMPU SIGNAL

Kalau nak tukar lorong, pastikan korang dah beri signal terlebih dahulu. Biasa berlaku kemalangan ni bila kenderaan masuk simpang or tukar lorong tanpa menggunakan signal. Jangan malas sebab signal ni penting untuk bagi amaran kepada kenderaan lain supaya dorang maklum yang korang akan masuk simpang or bertukar lorong.

Rasanya cukup untuk setakat ni panduan keselamatan korang di jalan raya terutamanya di lebuhraya. Harap korang dapat amalkan panduan-panduan ni untuk menjadikan perjalanan korang ke destinasi lebih selamat dan lancar terutama di musim cuti dan perayaan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content