$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2026 / 1447 H

SHARE:

  Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2026 / 1447 H Waktu berbuka Sarawak 2026 / 1447H  menjadi rujukan penting buat umat Islam di negeri ini sepanj...

 

Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2026 / 1447 H


Waktu berbuka Sarawak 2026 / 1447H menjadi rujukan penting buat umat Islam di negeri ini sepanjang bulan Ramadan. Bagi yang ingin menyemak jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri-negeri lain di Malaysia, ia boleh dilihat melalui pautan rasmi JAKIM.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), tertakluk kepada pengisytiharan rasmi anak bulan Ramadan.

Penetapan tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri akan dibuat mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman rasmi tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti yang diamalkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa Sarawak bagi tahun 2026, yang disusun berdasarkan takwim waktu solat JAKIM serta Majlis Agama Negeri sebagai rujukan sah dan tepat.


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Sarawak 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA SARAWAK BAGI TAHUN 1447 H / 2026

ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan & Lawas

ZON 2 : Niah, Bekenu, Miri, Sibuti & Marudi

Zon 3 : Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh, Bintulu

ZON 4 : Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu Kanowit, Kapit, Song

ZON 5 : Tg Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang

ZON 6 : Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak

ZON 7 : Samarahan, Simunjang, Serian, Sebuyau, Maludam

ZON 8 : Kuching, Siburan, Bau, Lundu, Sematan

ZON KHAS : (Kpg. Bukit Puan, Kpg. Tanah Sibagol, Kpg. Sasa, Kpg. Munchu, Kpg. Undop, Kpg. Bukit Manang, Kpg Long Merambai, Kpg. Lempaki Tengah, Kpg. Lempaki Asal, Kpg. Languban, Kpg. Masjid Baru, Kpg. Patarikan, Kpg. Bangkatan)

Sumber: JAKIM

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ


Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content