Senarai Telco Prepaid Dengan Tawaran Data Unlimited Internet Termurah

SHARE:

Sambungan internet kini sudah menjadi perkara penting dalam kehidupana seharian. Kalau dah ada smartphone mestilah kena ada data internet ka...

Sambungan internet kini sudah menjadi perkara penting dalam kehidupana seharian. Kalau dah ada smartphone mestilah kena ada data internet kan. Jadi perlu dapatkan langganan data yang mampu milik untuk kegunaan harian.

Kini tertumpu kepada dua perkara jika anda ingin mencari langganan data internet iaitu tawaran dengan harga yang murah dan juga data unlimited (tanpa had). Kalau data habis, takda lah sambungan internet akan jadi slow yang mana pasti akan menyusahkan kita kelak.

Jadi ada beberapa syarikat telco yang menawarkan data internet unlimited dengan harga yang murah tetapi akan ada speed capped atau kelajuan dihadkan iaitu 3Mbps atau 6Mbps biasanya. Sebenarnya untuk layan Netflix pun 3Mbps pun dah cukup, yang penting data unlimited dan tak habis.

Senarai Telco Dengan Tawaran Data Unlimited
Berikut merupakan senarai telco prepaid yang menawarkan pakej unlimited data dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan.

1. Xpax (Celcom)
Celcom ada menawarkan beberapa plan dengan tawaran unlimited data daripada Xpax secara bulanan. Harga yang ditawarkan berbeza-beza kerana plan yang ditawarakan juga berbeza-beza.

Jadi anda pilih sesuai dengan penggunaan harian anda sama ada untuk call, SMS, Hotspot, High-Speed Internet, free VIP access dan macam-macam lagi. Anda boleh rujuk gambar dibawah

Xpax (Celcom)
  • RM38 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps sahaja dan ada FUP)
  • RM45 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • RM43 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps sahaja dan ada FUP)
  • RM48 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • RM50 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • RM53 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • RM35 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps dan ada FUP)
** FUP atau Fair Usage Policy adalah 60GB. Ini bermaksud selepas habis data 60GB digunakan dalam sebulan, kelajuan akan dikurangkan kepada 512Kbps sahaja. Dari 3/6Mbps > 512Kbps. (Erti kata lain, bukanlah unlimited sangat pun)

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.celcom.com.my/prepaid

Jika berminat dengan Celcome Prepadi XPAX ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.

2.  U Mobile @ Umobile
Untuk U Mobile bagi data unlimited bulanan, mereka menawarkan hanya 2 plan sahaja iaitu U25 dan U35. Ini merupakan tawaran yang paling murah dalam senarai ini.

U Mobile
  • U25 dengan harga RM25/sebulan - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps dan ada FUP)
  • U35 dengan harga RM35/sebulan - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps dan ada FUP)
** FUP untuk U25 adalah 30GB dan U35 adalah 100GB. Selepas habis data tersebut, kelajuan akan dikurangkan kepada 512Kbps sahaja.

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.u.com.my/prepaid/u-prepaid

Jika berminat dengan prepaid U Mobile ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.

3.  Hotlink (Maxis)
Pass bulanan Hotlink nampaknya lebih menarik apabila salah satu daripadanya menawarkan unlimited internet sehingga 10Mbps. Tetapi masih ada pilihan untuk 6Mbps dan 4Mbps.
Hotlink (Maxis)
  • RM60 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 16Mbps dan ada FUP)
  • RM50 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • RM40 - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 3Mbps dan ada FUP)
** FUP untuk kesemua pass bulanan ini ialah 50GB. Selepas habis data tersebut, kelajuan akan dikurangkan kepada 512Kbps. Nampak menarik

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.hotlink.com.my/prepaid

Jika berminat dengan Hotlink ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.

4.  Tunetalk @ Tune Talk
Tunetalk juga ada menawarkan pakej unlimited data dengan pelbagai plan iaitu Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 55.

Anda boleh dapatkan harga terendah tetapi perlu langgan sehingga 12 bulan terus. Kerana ianya menawarkan 3 variasi pembayaran iaitu 12 bulan, 3 bulan dan sebulan. Dalam gambar seperti dibawah
  • Fokus 33 (RM33 sebulan) - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 6Mbps dan ada FUP)
  • Fokus 40 (RM40 sebulan) - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 12Mbps dan ada FUP)
  • Bebas 55 (RM55 sebulan) - [Capped atau terhad dengan kelajuan sehingga 18Mbps dan ada FUP)
** FUP untuk kesemua pakej bulanan adalah 50Gb, 60Gb dan 80Gb mengikut turutan daripada pakej diatas. Kelajuan akan dikurangkan kepada 512Kbps selepas data habis.

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.tunetalk.com/jimat-prepaid

Jika berminat dengan Tunetalk ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.

5.  ONE XOX @ ONEXOX
ONEXOX juga ada menawarkan plan unlimited data secara bulanan iaitu satu sahaja menerusi plan Ultimate 35. Anda hanya perlu bayar RM35 sebulan dan dapat unlimited data dengan kelajuan sehingga 3Mbps dan ada FUP iaitu sebanyak 50Gb. Lebih menarik, telco ini menawarkan sehingga 28 bulan tempoh sah.

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.xox.com.my/one-xox

Jika berminat dengan ONEXOX ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.

6.  YES 4G @ 5G
YES menerusi langganan secara prepaid kini juga menawarkan data unlimited bagi rangkaian 5G dan 4G iaitu untuk Yes Prepaid FT5G Unlimited. Hanya perlu bayar RM30 sebulan sahaja. Kelajuan capped pada 7Mbps untuk 4G dan tiada had kelajuan untuk 5G.

Untuk info lanjut, boleh tengok di www.yes.my/yes-prepaid-plans/

Jika berminat dengan Celcome Prepaid XPAX ini, anda boleh dapatkan simkad dimana-mana kedai atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada


Manakah yang paling berbaloi agaknya? Pastinya mengikut rangkaian kawasan anda. Pilih telco yang mana ok di kawasa anda tersebut.

Untuk Digi dan Unifi Mobile mereka masih menawarkan Unlimited Data tetapi hanya terhad untuk pakej Postpaid sahaja dan bukan untuk prepaid. Anda boleh rujuk Digi dan Unifi Mobile untuk pakej unlimited postpaid mereka.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content