Amaran Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam Bagi 6 Negeri

SHARE:

Sejak beberapa hari ini kerap hujan dikawasan yang dinyatakan, jadi kepada penduduk seperti yang disenarai dibawah sila berhati-hati supaya ...

Sejak beberapa hari ini kerap hujan dikawasan yang dinyatakan, jadi kepada penduduk seperti yang disenarai dibawah sila berhati-hati supaya anda ready sentiasa untuk elak daripada banjir.

Kuala Lumpur: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.

Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).

Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).

Di Melaka, daerah yang berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).

Di Pahang, membabitkan tiga daerah iaitu Temerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).

Di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).

Di Sarawak, meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).

Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan pada jam 4 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/928410/amaran-banjir-kilat-dalam-tempoh-24-jam-bagi-6-negeri

Semoga segalanya dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala musibah yang teruk hampir kepada kita.




Saya pun risau disebabkan saya tinggal di Shah Alam Selangor, minta-minta tiada apa yang berlaku. Rasanya rumah tidak kena sebab tinggi tetapi laluan untuk ke rumah itu kemungkinan akan tersangkut disebabkan jalan naik air.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content