Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Gombak

SHARE:

Keadaan rumah teres yang terbakar sehingga mengorbankan dua beradik di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak pada 2 Januari 2023. Foto Facebook B...

Keadaan rumah teres yang terbakar sehingga mengorbankan dua beradik di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak pada 2 Januari 2023. Foto Facebook BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.

-BERNAMA

Daripada sumber yang dibaca kedua ibu bapa mereka kelaparan dan keluar makan. Mungkin lapar sangat atau sebagainya.

Benda dah ajal macam mana buat pun tetap akan berlaku. Cuma kita kena perlu berhati-hati dan peka keadaan sekeliling dan jangan sesekali tinggal anak berjauhan walaupun sedang tidur. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

Semoga pengajaran ini diambil iktibar buat semua dan termasuk diri saya sendiri dan salam takziah untuk keluarga mangsa.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content