RM500 Kos Untuk Tukar Lokasi Astro Fibre

SHARE:

Memang buat duit betul Astro Fibre ini kerana kena ada caj RM500 jikalau nak tukar lokasi atau berpindah rumah daripada tempat asal ke tempa...

Memang buat duit betul Astro Fibre ini kerana kena ada caj RM500 jikalau nak tukar lokasi atau berpindah rumah daripada tempat asal ke tempat baru.

Kontrak anda juga akan diperbaharui semula kepada 24 tahun. Agak kejam disitu, tak tahulah dengan fibre yang lain.

Bagi yang kurang berkemampuan dan selalu berpindah-randah, saya tidak galakkan anda mengambil Astro Fibre ini dan jikalau anda mampu untuk bayar sila teruskan.

Jikalau nak terminate kena pula caj yang mahal, jadi anda kena fikir sedalam-dalamnya dahulu sebelum ambil keputusan untuk pasang dan install astro fibre ini.

Apakah yang akan berlaku jika saya berpindah ke lokasi baharu dalam tempoh kontrak?
Jika dekoder Astro anda ialah dekoder Plug & Play atau jika anda melanggan Astro Fibre kendiri, anda perlu membawa semua peranti termasuk dekoder, router WiFi, Modem Fibre dan Mesh WiFi (jika ada) ke lokasi baharu anda. Jurupasang kami akan bertemu dengan anda di sana untuk membantu dan memasang kembali peranti untuk anda.

Penempatan semula ke kawasan yang mempunyai servis/liputan:

Pelanggan dalam kontrak:
Anda akan dikenakan bayaran pemindahan sebanyak RM500 dan kontrak 24 bulan baharu akan bermula selepas pemasangan Astro Fibre di lokasi baharu.

Pelanggan di luar Kontrak:
Tiada bayaran pemindahan akan dikenakan.

Penempatan semula ke kawasan yang tidak mempunyai servis/liputan:
Yuran pembatalan awal sebanyak RM 100 x Baki bulan kontrak dikenakan. Perkhidmatan Astro Pay-TV anda (melalui satelit atau Plug & Play) akan diteruskan.

Penempatan semula ke kawasan Maxis/Allo:
Anda akan dikenakan yuran pembatalan awal sebanyak RM100 x Baki bulan kontrak. Permohonan baharu akan dibuat, dan kontrak 24 bulan baharu akan bermula selepas pemasangan pakej bundle Astro & Broadband dengan Maxis/Allo di lokasi baharu.

Astro fibrekan ada share dan ambil dengan unifi punya port, saya rasa kemungkinan nak sewa port itu mereka tak mahu tanggung jadi semuanya diberikan kepada pelanggan mereka.

Kalau murah saya rasa tiada masalah tapi sebab mahal mungkin membebankan mereka, jadi jangan saja-saja atau gatal-gatal mengambil servis pakej ini.

Saya cakap sebab saya bakal terkena servis ini sebab saya nak pindah rumah, kalau nak terminate lagi mahal. Macam mana pun kena bayar juga RM500 itu dan kontrak disambung semula selama 2 tahun kembali kepada asal.

Agak pening kan? Tapi itulah hakikat yang sebenar anda akan lalu apabila terjadi perkara kes seperti saya iaitu mahu pindah dan pasang astro fibre di tempat baru. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content