Pindah Rumah Daripada Pulau Pinang Ke Selangor

SHARE:

Bulan ini merupakan bulan paling sibuk di antara banyak-banyak bulan disebabkan saya terpaksa pindah bersama dengan keluarga ke tempat baru ...

Bulan ini merupakan bulan paling sibuk di antara banyak-banyak bulan disebabkan saya terpaksa pindah bersama dengan keluarga ke tempat baru iaitu Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini saya dengan keluarga daripada Bertam, Pulau Pinang dan menetap disini lebih kurang 5 tahun dan kini akan berpindah lagi ke tempat baru yang dimana cabaran juga akan dapat yang baru.

Jadi daripada rumah teres 2 tingkat kepada rumah apartment ground floor agak mencabar sedikit kerana barang dalam rumah dah banyak dah. Pening kepala fikir nak angkut banyak barang ini sekali gus di tempat baru.

Di pulau pinang ini saya sudah beli rumah tapi apakan daya kerana kerja hakiki saya terpaksa berpindah ke shah alam untuk meneruskan kehidupan baru di sana.

Rumah disini rasanya hendak bagi penyewa untuk menyewa dan mungkin anggaran sewaan di dalam RM1000 lebih disebabkan rumah dekat sana apartment / pangsapuri sahaja sudah RM1100 saya sewa.

Nasib baik owner berbaik hati bagi sewa turun harga, asalnya harganya ialah RM1300. Memang mahal sungguh sewa area sana. Nak menangis buatnya sebab sewa sahaja ibarat beli sebijik rumah di pulau pinang ini.

Semua rancangan daripadaNya, jadi kita kena pasrah dan memperbaiki apa yang kurang serta dekatkan diri padanya semoga segalanya dipermudahkan urusan tanpa sebarang masalah.

Banyak juga nak kena ubah seperti coway, astro fibre, aircond dan lain-lain lagi. Benda ini memerlukan buka dan pasang. Jadi kena upah technician masing-masing untuk pindah. Duit lagi melayang. HAHA!

Memang pindah ini banyak habis duit sementara nak sesuai diri di tempat baru, tapi apa-apa pun layan sahaja demi kelangsungan hidup anak dan isteri.

Anda sudah berpindah berapa kali? Saya sudah banyak kali pindah seumur hidup. HEHE!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content