$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Beli Kad TNG Harga Murah Tapi Jual Harga Mahal

SHARE:

Anda sudah ada kad Touch N Go @ TNG yang terbaru yang support NFC pada telefon anda? Kad ini amat memudahkan hidup anda kerana tidak perlu k...

Anda sudah ada kad Touch N Go @ TNG yang terbaru yang support NFC pada telefon anda? Kad ini amat memudahkan hidup anda kerana tidak perlu ke stesyen minyak, 7eleven dan juga kedai yang membuat servis reload kad topup TNG sahaja.

Dengan adanya kad ini anda hanya boleh topup gunakan handphone anda sahaja dan amat memudahkan hidup anda dan menyenangkan hidup anda tanpa perlu pergi jauh.

Kad TNG support NFC ini dijual RM10.00 sahaja secara online di Lazada oleh pihak TNG sendiri di https://www.lazada.com.my/products/pre-order-delivery-in-14-days-enhanced-touch-n-go-card-to-be-released-by-batches-i3175099305-s16072707014.html

Tapi apabila diperhatikan di dalam media sosial seperti Facebook, ramai markup harga dan mengaut keuntungan dengan menjualkan harga lebih daripada harga asal kerana mereka tahu rakyat malaysia sangat memerlukan kad tersebut untuk transaksi harian.

Dibawah ini adalah salah satu seorang pengguna yang menjual kad tersebut dengan harga RM30.00 dan dia untung RM20.00 kerana membeli kad tersebut.


Ada juga yang jual sehingga RM59 siap postage ke rumah anda. Memang agak mahal kalau beli di dalam media sosial ini kerana mereka akan main harga yang bukan-bukan dan mereka mengaut keuntungan tersebut di atas kesusahan orang lain untuk dapatkan kad TNG tersebut.


Saya agak pelik juga banyak pula kad terbaru dekat mereka ini, mana mereka dapat. Adakah membuat banyak email dan membeli di dalam Lazada kerana saya sudah dapatkannya satu sahaja apabila Lazada membuat promosi dan stok masih ada.

Dan apabila saya hendak beli kali kedua, mereka tidak beri kerana akses tertutup kecuali buka akaun baru di Lazada.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mereka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain yang memerlukan kad tersebut. Semoga segala rezeki mereka cari ini dapat keberkatan daripadaNya walaupun saya nampak ianya bersalah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content