$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tidak Akan Disaman Jikalau Gagal Tunjuk Cukai Jalan Dan Lesen

SHARE:

Anda tidak akan dikenakan saman jikalau gagal untuk menunjukan cukai jalan dan lesen kepada pihak berkuasa apabila ada road block ataupun di...

Anda tidak akan dikenakan saman jikalau gagal untuk menunjukan cukai jalan dan lesen kepada pihak berkuasa apabila ada road block ataupun ditahan pihak berkuasa seperti polis, jpj dan sebagainya untuk melihat cukai jalan (roadtax) dan juga lesen.
Aplikasi yang disediakan hanya untuk pantau dan melihat diri sendiri supaya dapat renew atau memperbaharui kemudian supaya tidak terlupa dan memudahkan kerja kita semua.


Dibawah ini ada beberapa post daripada facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu Anthony Loke Siew Fook.

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu. 

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax,  adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.  

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya. 

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini. 

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

Sumber : Facebook Anthony Loke Siew Fook https://www.facebook.com/lokesiewfook/ 

Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih baik dan malaysia akan terus maju pada masa akan datang dengan teknologi yang canggih dan dapat kurangkan kesibukan di Jabatan Pengangkutan Jalan untuk renew roadtax dan sebagainya.


Benda kita boleh selesaikan dengan lebih mudah kenapa perlu buat perkara susahkan? Tapi teknologi ini kena banyak buat kajian sebelum betul-betul operasi supaya semua orang tidak ketinggalan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content