$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Berjalan Di IKEA Damansara Bersama Keluarga

SHARE:

Siapa tidak kenal IKEA kan? Sebuah gudang besar yang menjual barangan perabot dan kelengkapan rumah yang begitu lengkap daripada A to Z. Bar...

Siapa tidak kenal IKEA kan? Sebuah gudang besar yang menjual barangan perabot dan kelengkapan rumah yang begitu lengkap daripada A to Z. Barangan dia memang nampak menarik dan jarang sekali jumpa di Malaysia dan maksud saya daripada segi design barang tersebut begitu eklusif.


Disini saya nak terangkan sedikit apakah itu IKEA melalui dibawah sebelum saya sambung cerita saya pergi jalan-jalan di IKEA Daman sara

IKEA (disebut /ɪ²keːa/, [i.ké.a] atau /aɪˈkiːə/, [ai.ki.ye]) merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim hasil pemarapan nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).

Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.

IKEA telah membuka 433 buah cawangan di 52 buah negara setakat 2019; kebanyakan cawangan sedunia Ikea dipegang milik oleh INGKA kelolaan Yayasan Stichting INGKA, antara 40 buah yayasan terkaya di dunia.

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/IKEA 

Disebabkan keluarga tercinta ajak pergi berjalan di hujung minggu jadi kita sebagai ayah untuk membeli jiwa anak-anak kena bawa untuk pergi pusing area Selangor dan akhirnya IKEA Damansara menjadi pilihan sebab tidak pernah sampai.

Selepas sampai disana kami makan dahulu di foodcourt IKEA ini dan namanya saya tidak pasti nak panggil apa, kedai makan pun boleh. HAHA!

Disini isteri saya punyalah beli banyak makanan dan beratur pun punya panjang tapi yang paling bestnya beli makanan punya cepat dan sangat pantas servis mereka.


Semua makanan di atas di dalam gambar ini bernilai RM120 dan memang mahal jugalah sebab makan 4 orang sahaja harga sebegitu. Sebab tak pernah beli kita bagi peluang dekat isteri kalau dah pernah makan kita jimat-jimat sikit kan. HUHU!


Banyak sofa, perabot, almari, kerusi, meja, singki, laci, katil dan bermacam-macam lagilah ada disini dan merambangkan mata anda untuk melihat dan konsep ikea ini bukan siap pasang. Selepas anda beli benda tersebut berada di dalam kotak dan anda perlu pasang sendiri. Kalau nak staff mereka pasang kena ada upahlah.


IKEA Damansara ini ada link bangunan dengan The Curve dan IPC Shopping. Oleh itu disitu memang jadi tempat tumpuan orang. Bermacam segala benda ada dikawasan sekitar situ, mana taknya banyak mall bergabung. Senang cerita di tingkat kedua itu ada jambatan link untuk sambung bangunan ke bangunan.

Mana yang tidak pernah sampai lagi itu, boleh cuba berjalan disini untuk lihat kawasan IKEA Damansara ini. Nak beli barang pun boleh, kadangkala ada harga diskaun.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content