$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Gempa Bumi Turki Syria 2023

SHARE:

Sejak dua menjak ini anda mesti terbaca atau terlihat berita mengenai gempa bumi yang melanda Turki dan Syria dan banyak mangsa terkorban. S...

Sejak dua menjak ini anda mesti terbaca atau terlihat berita mengenai gempa bumi yang melanda Turki dan Syria dan banyak mangsa terkorban.

Saya turut simpati berkenaan perkara bekenaan, banyak bangunan rumah serta banyak kematian yang berlaku di sana. Kita hanya disini hanya mampu mendoakan mereka semua selamat.

Pada 6 Februari 2023, sebuah gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria. Ia merupakan antara gempa bumi terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah Turki dan Syria. Gempa bumi berlaku 34 km (21 bt) di barat dari bandar Gaziantep pada 04:17 waktu Turki (01:17 UTC, 09:17 waktu Malaysia), menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan ramai mangsa terkorban di Turki Tenggara dan Syria Barat Laut. Dengan keamatan Mercalli maksimum IX (Ganas) dan magnitud tidak kurang daripada Mww 7.8, kejadian ini menyamai Gempa bumi Erzincan 1939 sebagai gempa bumi terkuat yang pernah tercatat secara radas yang pernah melanda Turki pada zaman moden, mungkin hanya di belakang gempa bumi Anatolia Utara 1668. Ia juga merupakan gempa bumi yang menyebabkan kematian terbanyak di Turki semenjak gempa bumi İzmit 1999.

Gempa bumi ini diikuti oleh banyak gegaran susulan, termasuk gegaran kuat luar biasa dengan Mww 7.5 yang terjadi selepas gempa utama. Setakat 8 Februari, sejumlah lebih 17,500 kematian dilaporkan; 14,014 di Turki dan 3,556 di Syria. Usaha menyelamat terjejas akibat ribut salji lebat yang melitupi runtuhan serta menyebabkan suhu jatuh mendadak. Disebabkan suhu membeku di kawasan terbabit, sesiapa yang terselamat amat terdedah kepada hipotermia, lebih-lebih lagi yang tersepit dalam runtuhan.

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_Turki%E2%80%93Syria_2023

Pelbagai bantuan kemanusian telah hadir dan salah satunya Malaysia turut sama membantu tentang gempa bumi yang berlaku di wilayah Turki dan Syria.

Pemimpin banyak negara mengucapkan takziah kepada Turki dan Syria. Menjelang 9 Februari, tiga hari selepas gempa bumi, 95 negara dan 16 organisasi antarabangsa menawarkan bantuan kepada Turki, dan 6,479 anggota penyelamat dari 56 negara telah dikerahkan ke Turki. Sebaliknya, jangkauan ke Syria dilihat kurang memberangsangkan disebabkan oleh situasi politik di Syria.

Semoga gempa bumti tersebut berakhir dengan cepat dan mari sedekahkan al-fatihah kepada semua yang telah meninggal dunia disana. Semoga segalanya dipermudahkan di atas urusanNya. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content