$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital

SHARE:

Nampaknya Malaysia makin maju kehadapan apabila lesen memandu @ driving license dan cukai jalan @ road tax tidak perlu tampal dah pada kende...

Nampaknya Malaysia makin maju kehadapan apabila lesen memandu @ driving license dan cukai jalan @ road tax tidak perlu tampal dah pada kenderaan sendirian seperti kereta ataupun motor atas nama sendiri.

Untuk melihat lesen serta roadtax anda boleh masuk terus website ataupun download aplikasi untuk android ataupun ios iphone untuk tahu detail.

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan kaedah pendigitalan bermula dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital dan juga Lesen memandu Malaysia Persendirian Digital.

Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ, dan mendaftarkan diri dan kenderaan untuk simpanan dan rujukan.

Ini juga sekaligus membuatkan penggunaan pelekat cukai jalan dan juga lesen memandu fizikal tidak lagi diwajibkan kepada pengguna kereta dan motor persendirian.

Pelaksanaan ini bermula daripada penggunaan kereta dan motor persendirian buat masa ini – dan dijangka akan diperluaskan ke kumpulan lain tidak lama lagi.

Selain daripada pengenalan kedua-dua ini, JPJ dijangka memperluaskan kaedah digital ke beberapa perkara lain dalam masa terdekat.

Bagi para pengguna, anda boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ pada Android dan iPhone hari ini. Selain aplikasi, pengguna juga boleh rujuk ke laman rasmi JPJ.

Rujukan : https://amanz.my/2023379002/


Untuk memuat turun ataupun download serta boleh akses terus melalui website yang disediakan anda boleh terus ikut detail dibawah ini.

Laman Rasmi Jabatan Pengangkuatan Jalan (JPJ) : http://public.jpj.gov.my/ 
Aplikasi MyJPJ Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
Aplikasi MyJPJ iOS : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

Semoga projek ini berjalan lancar untuk memajukan Malaysia kearah lebih baik dan seperti yang diumumkan bukannya anda tidak perlu membuat roadtax ataupun cukai jalan tapi hanya tidak perlu pamer @ lekat roadtax anda di kenderaan anda sahaja.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content