Mandi Kolam Splash Park Di Taman Tasik Titiwangsa

SHARE:

Hujung minggu lepas saya nak beli jiwa anak saya dengan bawa anak pergi mandi kolam splash park di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Temp...

Hujung minggu lepas saya nak beli jiwa anak saya dengan bawa anak pergi mandi kolam splash park di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Tempat mandinya agak simple tapi amat sesuai untuk kanak-kanak.

Ceritanya bermula seperti ini iaitu selepas makan di Bihun Sup Utara Daging Segenggam di Puchong Permai, kami terus bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur untuk bawa anak bermain air dengan mandi kolam free iaitu secara percuma sahaja tanpa ada bayaran.


Sewaktu kami datang ke kolam splash park di taman tasik titiwangsa ini cuaca amat gelap macam nak hujan dan sepanjang perjalanan hendak ke sini daripada Puchong Permai selepas makan memang hujan sepanjang jalan.

Jadi saya teruskan juga perjalanan mana nak tahu di kolam nanti hujan sudah berhenti dan akhirnya Alhamdullilah hujan sudah berhenti dan awan masih gelap gelita. Cukuplah bagi anak saya mandi selama 30 minit untuk lepas geram mandi kolam.

Kolam ini cetek sahaja dan tidak dalam, kita sebagai orang dewasa atau ibu bapa boleh pantau di tepi sahaja untuk elak kemalangan serta kecelakaan. Oleh itu, amat sesuai untuk budak usia 2 tahun ke atas kalau dah cekap berjalan.


Di sebelah kolam mandi ini terdapat juga tapak permainan kanak-kanak untuk pergi bermain selepas 
mandi. Anak anda boleh mandi dan main serentak dalam satu masa. Betul kan best macam itu?

Jadi kalau nak bawa anak anda pergi di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menikmati suasana disitu.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content