Rahsia Resipi Air Milo Lori

SHARE:

Pernahkah anda terfikir kenapa air milo lori begitu sedap sehingga nak rasa untuk dua tiga kali air milo ini tanpa henti. Saya pun terfikir ...

Pernahkah anda terfikir kenapa air milo lori begitu sedap sehingga nak rasa untuk dua tiga kali air milo ini tanpa henti. Saya pun terfikir juga kadang-kadang dan kini kita jumpa resipinya. Anda boleh cuba dan nak kata 100% sama itu kemungkinan tidak tapi gerenti boleh teringat zaman dahulu.

Saya sewaktu sekolah rendah memang peminat air milo ini dan begitu teruja apabila abang milo lori sampai di perkarangan sekolah. Rasa tak sabar nak rasa dan pernah juga buat perangai iaitu beratur sehingga dua kali. Padahal cikgu suruh ambil sekali sahaja.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AIR MILO LORI :

Cuba sediakan bahan-bahan untuk buat air milo seperti dibawah ini dan boleh tambah atau kurangkan mengikut jenis bekas.

1. 4 paket Milo (1kg) total 4kg

2. 8 tin Susu Pekat Cap Junjung

3. 8 tin Susu Cair Ideal

4. 4 liter air panas

5. Ketulan Ais

CARA PENYEDIAAN BUAT AIR MILO LORI :

Campurkan saja semua bahan di atas dan sila ikuti step @ langkah pertama sehingga langkah ketiga untuk rasa milo sebati yang sebenar.


Langkah Pertama
Masukkan milo, susu cair dan susu pekat dalam bekas.

Langkah Kedua
Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.

Langkah Ketiga
Tambah ketulan ais, sedia untuk diminum.

Tidak salah untuk mencuba dan rasanya sepertinya sama dan ramai orang mengatakan apabila tambah susu cair itu yang membuatkan milo menjadi lebih sedap daripada susu pekat. Jadi anda juga boleh cuba olah sendiri resipi supaya nampak lebih menarik dan sedap. Selamat mencuba.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content